Mantuka

Saturday, April 4, 2015

Honda Mulakan Jualan S660 Serba Baru

Gambar dari http://world.honda.com/

Honda Motor Co. Ltd. akan mula menjual Honda S660 serba baru, sebuah kereta dua tempat duduk dengan atap terbuka semalam bagi seluruh pengedar kereta di Jepun. Tambahan lagi, pada waktu yang sama Honda akan mula menjual Honda S660 edisi Konsep pada kuantiti yang terhad sahaja sebagai model istimewa memperingati pelancaran pemasaran S660 ini.

Menurut sumber Honda,  dengan nama ‘Heart Beat Sport’, keluaran terbaru ini akan memberi kenikmatan pemanduan dan pengalaman denyutan jantung didalam pemanduan kereta S660 dan keseronokkan memandu yang mana Honda mampu membuatnya.

S660 mempunyai enjin mid-ship jenis pacuan roda belakang (MR) dan secara ketara mempunyai pusat gravity yang rendah dengan 45-55 front-rear weight balance bagi merealisasikan prestasi lencongan yang efektif.

Badan S660 dibina eksklusif secara kabin ruang open-air yang membolehkan pemandu merasakan angin, melihat langit dan menikmati pengalaman menakjubkan.

Gambar dari http://world.honda.com/

Gambar dari http://world.honda.com/