Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, March 28, 2015

Kunjungi Jerayawara Jaguar dan Land Rover di The Mall, Gadong

Untuk versi Inggeris, klik berita ini di sini.

Peminat kereta Jaguar dan Land Rover dialu-alukan untuk melihat secara lebih dekat kereta-kereta model mewah dari 25hb hingga 29hb Mac ini yang menawarkan promosi istimewa bagi pelanggannya yang menginginkan pemanduan bergaya.

Jerayawara Jaguar dan Land Rover dibawah Syarikat Indera Motors di The Mall, Gadong mempamerkan kereta Jaguar ‘F-Type Convertible’, Jaguar XF sports saloon, model Sport Unitlity Vehicle (SUV), Range Rover dan Range Rover Evoque.


Semasa jerayawara dijalankan, Syarikat tersebut selaku pengedar tunggal Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam menawarkan sesi uji pandu eksklusif dibuka untuk orang ramai bermula dari 10.30 pagi hingga 5.00 petang bagi model-model yang dipamerkan di The Mall, Gadong.

Dari uji pandu itu nanti, orang ramai akan merasakan kehebatan kereta-kereta berprestasi tinggi dengan bentuk badan yang mewah dan menawan. Selain itu, cubalah sendiri teknologi inovatif, keselesaan dan gaya pemanduan yang eksklusif.



Selain daripada jerayawara tersebut, Syarikat Indera Motors sedang menjalankan pertandingan yang dibuka kepada pengguna Instagram yang tinggal di Brunei sahaja. Peraduan ini akan menampilkan kreativiti anda.

Peserta dikehendaki mempunyai lesen memandu yang sah untuk berhak untuk kedua-dua hadiah. Peserta yang lebih muda hanya layak untuk memenangi hadiah wang tunai. Imej-imej Instagram akan dihakimi berdasarkan keaslian, kualiti, kesan keseluruhan dan merit seni. Peraduan dijalankan dari 10hb Mac 2015 hingga 9hb April 2015. Imej yang menang akan diumumkan pada 14hb April 2015 melalui Instagram "Inderamotors" dan akaun Facebook. Tertakluk pada terma dan syarat.

Orang ramai dialu-alukan untuk hadir ke jerayawara itu, yang akan berakhir sehingga 29hb Mac untuk mendapatkan peluang untuk mengalami pengalaman mewah dan mengetahui promosi terkini dari Syarikat Indera Motors dengan lebih lanjut.