Evolusi
Nissan GT-R tidak akan berhenti. Kereta sportif Nissan membawa visi
terbaru dengan falsafah ‘Inovasi yang menggairahkan' dengan perkenalan model
Nissan GT-R MY14 dilancarkan baru-baru ini oleh Boustead Sendirian Berhad.
Model
yang terkenal dengan sbeutan ‘Baby Godzilla’ menawarkan tahap kecanggihan yang
lebih baru, namun tanpa kompromi kepada prestasi kereta berkenaan.
Model Nissan GT-R 2014 menawarkan pemanduan yang lebih lancar,
selesa, pembaikan dan bergaya. Dalam sebuah kereta bertaraf ‘GT’ kereta ini
memberikan pemanduan berprestasi tinggi. Pada waktu yang sama, pemandu juga
menikmati kemampuan sebuah kereta GT-R yang diketahui diseluruh dunia.
Selain perubahan dari segi pemanduan dan ruang dalam yang premium,
GT-R MY14 juga diubah suai dari segi suspension bagi mengurangkan beban antara
empat roda, memberi kestabilan yang lebih baik dan cengkaman yang lebih
konsisten.
Perubahan dari segi getaran dan kebisingan jalan raya yang
berkurangan. Pembetulan stereng seperti ukurannya untuk mengekalkan trajektori
yang betul semasa memandu di lebuh raya, dan kalibrasi berhenti telah diubah
untuk lebih sempurna, tindak balas linear semasa pemanduan ditahap laju,
mempunyai cengkaman lebih baik terutama pada kondisi di jalan raya yang basah.
Tidak
hairan lah, kereta Nissan GT-R masih menjadi kereta yang diminati diseluruh
dunia dengan harga dan prestasi yang cukup untuk memberi kenikmatan pemanduan
dalam apa jua kondisi. Kereta keluaran terbaru ini boleh disaksikan di bilik
pameran Nissan, Boustead Sdn Bhd, Beribi.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran Nissan GT-R MY14.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran Nissan GT-R MY14.