Showing posts with label MY14. Show all posts
Showing posts with label MY14. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Pelancaran Nissan GT-R 2014

Evolusi Nissan GT-R tidak akan berhenti. Kereta sportif Nissan membawa visi terbaru dengan falsafah ‘Inovasi yang menggairahkan' dengan perkenalan model Nissan GT-R MY14 dilancarkan baru-baru ini oleh Boustead Sendirian Berhad.

Model yang terkenal dengan sbeutan ‘Baby Godzilla’ menawarkan tahap kecanggihan yang lebih baru, namun tanpa kompromi kepada prestasi kereta berkenaan.

Model Nissan GT-R 2014 menawarkan pemanduan yang lebih lancar, selesa, pembaikan dan bergaya. Dalam sebuah kereta bertaraf ‘GT’ kereta ini memberikan pemanduan berprestasi tinggi. Pada waktu yang sama, pemandu juga menikmati kemampuan sebuah kereta GT-R yang diketahui diseluruh dunia.

Selain perubahan dari segi pemanduan dan ruang dalam yang premium, GT-R MY14 juga diubah suai dari segi suspension bagi mengurangkan beban antara empat roda, memberi kestabilan yang lebih baik dan cengkaman yang lebih konsisten.

Perubahan dari segi getaran dan kebisingan jalan raya yang berkurangan. Pembetulan stereng seperti ukurannya untuk mengekalkan trajektori yang betul semasa memandu di lebuh raya, dan kalibrasi berhenti telah diubah untuk lebih sempurna, tindak balas linear semasa pemanduan ditahap laju, mempunyai cengkaman lebih baik terutama pada kondisi di jalan raya yang basah.

Tidak hairan lah, kereta Nissan GT-R masih menjadi kereta yang diminati diseluruh dunia dengan harga dan prestasi yang cukup untuk memberi kenikmatan pemanduan dalam apa jua kondisi. Kereta keluaran terbaru ini boleh disaksikan di bilik pameran Nissan, Boustead Sdn Bhd, Beribi.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran Nissan GT-R MY14.




Friday, March 21, 2014

Mitsubishi Lancer EX 1.6 Litre, lebih murah lebih bergaya!



Jenama Mitsubishi Motors memang tidak asing lagi dengan keluaran model-model kereta yang hebat dan dipercayai oleh pengguna di Negara Brunei Darussalam. 

Antara model-model terkenal itu termasuk Mitsubishi FTO, GTO, ASX, Attrage, Pajero dan setentunya Mitsubishi Lancer yang dikeluarkan secara berjenerasi. Model terkini keluaran Lancer adalah Lancer EX 2.0 sebuah model yang diminati oleh kalangan anak muda.

Pada tahun ini, Goh Hock Kee Motors sekali lagi memperkenalkan keluaran Mitsubishi Lancer EX MY14, yang mana kereta ini dimuatkan dengan enjin MIVEC 1.6. kalau dibandingkan dengan Lancer EX 2.0, kereta terbaru ini dikatakan lebih murah tetapi member karakteristik yang sama seperti Lancer EX 2.0.


Lancer EX 1.6L ini menawarkan kaedah kesenangan dan keselesaan semasa memandu. Antara cirri-ciri teknologi yang dimuatkan didalam kereta tersebut ialah Pengawal Audio, alat kawalan jauh, ruang USB, system bag keselamatan dan tempat duduk fabric.

Kepada peminat kereta Lancer EX, pelanggan juga boleh mendapatkan kereta tersebut bersama dengan Packej Edisi Aero Package Body-Kit yang memberikan bentuk badan yang lebih menarik dan sportif, apatah lagi, ianya akan dimuatkan dnegan Lampu LED waktu pagi, Side Skirt, lip depan dan banyak lagi.

Dengan adanya Teknologi MIVEC, Mitsubishi menyalurkan kuasa perjalanan yang stabil dan sempurna dengan inovatif Pengawal Elektronik Timing Valve. Lancer EX 1.6 terbaru ini dikeluarkan dengan dua jenis transmisi iaitu 4-kelajuan Transmisi Autotmatic dengan INVECS-II dan 5-kelajuan Tranismisi Manual.

harga kereta tersebut boleh didapati dengan harga dibawah B$23 ribu.