Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, November 9, 2014

Muhammad Nur Afifuddin Pemenang Utama Promosi NBT

Syarikat NBT Brunei Sendirian Berhad hari ini memberikan tiga pemenang bertuah hadiah istimewa berupa bayaran ansuran secara percuma dalam cabutan bertuah promosi ‘Bayaran Ansuran Secara Percuma Selama 24 Bulan’.

Cabutan rasmi yang berlangsung di kawasan letak kereta Pusat Membeli-Belah Giant, Rimba menyaksikan Muhammad Nur Afifuddin bin Mohd Noh memenangi hadiah utama berupa bayaran ansuran secara percuma selama 24 bulan bagi kereta Toyota Vios yang beliau miliki baru-baru ini.

Dalam cabutan itu juga menyaksikan Susheel Raj Shahi selaku pemenang ditempat kedua menerima hadiah berupa bayaran ansuran secara percuma selama 18 bulan dan diikuti dengan Fardillah binti Haji Moksin selaku pemenang ketiga menerima hadiah berupa bayaran ansuran secara percuma selama 12 bulan.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Lim Sei Chin.

Promosi ini dibukakan kepada pelanggan yang telah membeli kereta jenama Toyota Vios dari 1 hingga 31 Oktober 2014 dan secara automatik dimasukkan kedalam cabutan undi promosi ‘bayaran ansuran secara percuma selama 24 bulan’.