Mantuka

Hyundai i30N

Friday, October 31, 2014

Jemputan Uji Pandu Nissan X-Trail dan Backpacking di Perth, Australia (Part 3)

Sambungan dari Episod Pertama dan Episod Kedua. Episod Ketiga adalah Episod terakhir bagi berita Uji Pandu Nissan X-Trail di Perth, Australia.

Hari Ketiga

Kami meneruskan perjalanan kami ke Agusta yang mengambil masa lebih dari tiga jam. Sepanjang perjalanan itu, kami melintasi beberapa binatang kanggaru yang dilanggar mati ditepi jalan, hutan rimba, perkampongan kecil dan ladang sepanjang perjalanan itu.

Kami membuat satu perhentian di Donnelly Lakes, Pemberton dimana kami menguji prestasi Nissan X-Trail apabila menggunakan fungsi All Mode 4x4-i. Fungsi All Mode 4x4-i ini memberikan anda tiga pilihan mod pemanduan yang berbeza untuk pengedaran kuasa secara optimum. Mod 2WD memindahkan kuada ke roda hadapan untuk menjimatkan minyak bagi pemanduan di bandar. Dalam mod AUTO, X-Trail menganalisis jenis permukaan jalan raya sementara anda tengah-tengan memandu, dan ianya akan mengedarkan jumpah tork yang tepat pada setiap empat roda untuk pengendalian yang terbaik di mana-mana permukaan. Jika anda memerlukan cengkaman tambahan, mode LOCK (kunci) menetapkan tork pada nisbah tayar depan dan belakang untuk keyakinan pengengalian semasa memandu 4x4-i di permukaan jalan licin atau kasar. Jalannya yang tidak rata memberikan kami kesempatan untuk memecut pada had tertinggi. Ternyata kereta ini sangat stabil dan tiada masalah gegaran kereta secara agresif.

Apabila sampai di Donnelly Lakes, ia merupakan tasik utama sebesar 5 hektar. Pengunjung boleh bermalam di chalet yang disediakan, menangkap ikan dan juga bersiar menggunakan kanu ('canoe') di tasik Donnelly. Disamping itu juga, kami mengambil beberapa gambar dengan pemandangan indah tasik tersebut.


Dari sini, kami meneruskan perjalanan ke Dunsborough dan bermalam di Wyndham Resort and Spa. Wyndham Resort and Spa adalah sebuah beachfront resort empat bintang yang terletak di jalanan ke pantai. Menghadap Geographe Bay, resort ini adalah tempat yang sempurna untuk orang tempatan Australia menetap dan untuk pengunjung, yang ingin meneroka tempat-tempat seronok yang berhampiran, termasuk Busselton dan kawasan wain di Margaret River yang terkenal. Jika anda inginkan mengambil percutian romantis di sini, ianya akan mengambil masa di bawah tiga jam perjalanan dari Bandar Perth, di mana anda akan memasuki dunia kemewahan dan kesenangan ('indulgence') di Wyndham Resort and Spa, Dunsborough. Sebagai tetamu di Wyndham Resort and Spa Dunsborough, tempatnya dikelilingi oleh kebun-kebun anggur, pantai dan tempat makan yang baik, terdapat banyak kegiatan dan daya tarikan untuk menyenangkan semua orang. Pengunjung juga boleh meneroka sistem gua kuno ('antient cave systems') di Lake, Mammoth, Jewel dan Ngilgi. Tambahan lagi, pengunjung boleh mengambil kesempatan itu untuk melihat pemandangan pantai yang indah dan luar biasa di Leeuwin-Naturaliste National Park. Penginapan anda di Dunsborough tidak akan lengkap tanpa memulakan lawatan wain di rantau Margaret River.




Hari Keempat

Hari keempat kami membuat beberapa lawatan di beberapa tempat di Margaret River seperti Bunkers Bay Beach, Sugarloaf Rock, Busselton Jetty, makan tengahhari di Bandar Dunsborough, dan akhirnya meneruskan perjalanan balik ke Bandar Perth.

Pantai Bunkers Bay berhampiran Dunsborough di Australia Barat adalah tempat yang indah untuk bercuti. Pantai ini berhadapan dengan Bunkers Bay Resort dan cafe. Disini kami mengambil beberapa gambar untuk kenang-kenangan kami. Kelihatan beberapa pemandangan indah dimana ada ramai keluarga yang bersantai diatas pasir putih, seorang bapa dan anak lelakinya memancing, ada yang mandi di perhampiran pantai, dan ada kanak-kanak yang sebuah arca dari pasir pantai. Pemandangan ini memberi penulis terasa sangat sedih kerana tidak dapat menikmati suasana ini bersama keluarga.

Sugarloaf Rock terletak beberapa kilometer selatan dari Cape Naturaliste di Sungai Margaret. Ianya adalah sebuah pantai yang mempunyai pesisiran pantai dan pemandangan yang menarik. Dipantai ini, anda akan melihat sebuah pulau batu granit raksasa keluar dari laut. Ia dipanggil "Sugarloaf Rock" kerana kelihatan seperti sugarload, yang kononnya mempunyai bentuk kon atau segi tiga seperti batu. Disini adalah tempat pengunjung dapat melihat ikan lumba-lumba dari tempat kawasan khas lokasi menyaksikan pantai tersebut. Dan disini juga merupakan satu-satunya rumah kepada Red Tailed Tropic Bird yang terancam. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh jalan-jalan sampai menikmati pemandangan batu dan ombak, mengambil gambar, menangkap ikan, selam skuba ('scuba diving'), menonton matahari terbenam dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun indah pemandangan tersebut, kami tidak bernasib baik untuk melihat ikan lumba-lumba dan burung Red Tailed Tropic.

Kami membuat satu lagi persinggahan di Busselton Jetty untuk mengambil beberapa gambar dan melihat apa suasana disana. Busselton Jetty adalah jeti terpanjang yang diperbuat dari kayu terletak di Busselton. Jeti Busselton adalah salah satu tarikan eko pelancongan yang paling popular di Australia Barat, pos pemantauan dalam air ('underwater observatorium') yang unik terletak hampir dua kilometer keluar ke laut yang memberikan pengalaman yang hebat dimana pengunjung boleh berjalan dibawah permukaan laut dan melihat kehidupan air yang menakjubkan di bawah jeti.

Untuk mengakhiri perjalanan kami pada hari keempat, kami pun meneruskan perjalanan balik ke Bandar Perth dimana kami bermalam di Starwest Apartment. Starwest Apartment terletak satu kilometer dari Bandar Perth. Disini, anda akan merasa seperti di rumah walaupun anda berada jauh dengan dapur, ruang tamu anda sendiri, tempat makan dan dobi. Starwest Apartment menawarkan 2 pangsapuri bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 6 orang dengan kelengkapan yang berkualiti. Samada anda melawat Perth untuk membeli-belah, makan angin, atau bisnes, Starwest Apartment adalah tempat yang sesuai dengan lokasi yang sesuai. Terdapat juga pelbagai jenis pengangkutan awam terdekat termasuk perkhidmatan bas CAT percuma.



Pada malam harinya, kami makan malam secara berhidang di Kailis' Fish Market Cafe yang terletak di Frementle, ditepi pantai di Frementle Fishing Boat Harbour. Mereka menyediakan makanan laut yang terbaik yang terdapat di persekitaran pasar ikan. Frementle mencipta salah satu pengalaman makanan laut yang paling unik dan tidak dapat dilupakan. Kami menikmati ikan segar dan cip serta oyster segar sambil menyerap suasana dari pasar ikan tersebut dan suasana yang indah. Terdapat beberapa barisan restoran hidangan makanan laut yang dipenuhi oleh pengunjung dan beberapa kapal yang berbaris berhampiran pantai. Kami duduk ditempat terbuka sambil menikmati suhu sejuk dan bau air laut dari pantai.












Hari Kelima

Di hari terakhir berada di Perth, kami berjalan-jalan ke Northbridge untuk membeli Apple Strudle yang terkenal dari Corica Pastries. Kedainya hanya buka setengah hari dan kelihatan ramai pelanggan yang berbaris untuk membeli kek-kek dan pastri yang ada. Kami telah membuat tempahan awal untuk membeli Apple Strudle lebih dari 15 biji yang dimuatkan dalam 3 kotak besar untuk dibawa balik ke Brunei Darussalam. Kami telah membeli salah satu pastri yang dipanggil Sicilian Cannoli dan duduk santai dibawah pokok tidak jauh dari kedai tersebut. Sicilian Cannoli diperbuat daripada pastri rangup Corica, berintikan ricotta segar, dan ditaburi dengan gula icing.








Dari sini, kami berjalan kaki sesat selama satu jam untuk mencari Nandos, salah satu tempat makan halal di Australia. Penat lelah berjalan, akhirnya terdapat juga. Nasib baik ada WiFi percuma di kawasan tersebut untuk memudahkan kami menggunakan applikasi Navigation yang ada pada telefon penulis. Dari sini, kami meneruskan perjalanan ke Watertown Brand Outlet Centre.

Watertown Jenama Outlet Centre merupakan tempat yang paling menarik di Australia untuk membeli-belah barangan berjenama dan berkualiti pada harga outlet yang murah. Dengan adanya jenama terbaik dari jenama nasional dan antarabangsa pada harga yang terbaik, disini adalah sebuah outlet di Bandar Perth tempat membeli-belah yang sesuai bagi pengunjung yang mempunyai bajet terhad. Harga kekal dibawah harga runcit adalah disyorkan. Beberapa kedai juga mempunyai pemilihan stok musim baru pada harga murah. Dengan segala-galanya yang anda perlukan dalam satu lokasi, Watertown Brand Outlet Centre adalah satu perhentian membeli-belah ('one-stop-shop') untuk pelbagai fesyen, barang kemas, hadiah, perkakasan rumah, rekreasi dan sukan, barang umum dan perkhidmatan kedai runcit. Selain dari itu, disini juga ada tempat anda boleh berehat seketika dari pengembaraan membeli-belah di Watertown Brand Outlet Centre. Pilihan dari pelbagai kafe, restoran, makan di tempat terbuka dan masakan antarabangsa. Antara tempat makan halal di Watertown Brand Outlet Centre ialah ISPA Kebabs, Nenem's Turkish Gozleme, dan Shimizu Japanese Restaurant.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kings Park, salah satu taman terbesar (400.6 hektar) dalam Bandar Perth dan dikunjungi oleh lebih dari 6 juta orang setiap tahun. Ia mempamerkan koleksi flora Australia Barat yang luar biasa dan merupakan tempat yang popular untuk piknik di padang rumput, jogging melalui kawasan belukar, berjalan dan acara-acara kebudayaan, serta adat istiadat. Ada juga beberapa taman permainan yang sangat baik dan sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Lokasi Kings Park ini sangat menakjubkan dimana ianya menghadap bandar raya dan air biru sutera dari Sungai Swan. Dari atas, anda boleh melihat bot berwarna cerah bot layar di sungai, lampu berkelipan dibandar, Perth Hills yang jauh dari pandangan mata dan langit biru yang memberikan pemandangan indah yang terkenal di Perth.





Sebelum mengutus balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, kami makan malam di salah satu restoran Jepun bernama KOME di Subiaco, Perth. Cara menyebut KOME ialah 'Ko-May', salah satu kedai makan Jepun yang mencerminkan visi pemilik dari menciptakan makanan segera yang lebih sihat dan segar secara alternatif untuk seisi keluarga dan profesional yang sibuk. Chef KOME, Takaaki Komagata, telah belajar masakan seni tradisional di Tokyo dan Kyoto menggunakan kemahiran ini lebih dari 10 tahun dalam mencipta menu sushi berkualiti dan sashimi, ayam teriyaki dan yang paling terkenal ialah beef ricebowl. Makanannya dipadankan dengan harga yang berpatutan dengan makanan pembuka yang bermula dari AUD$2.90, makanan utama dalam AUD$6.00 keatas serta teh Jepun percuma dengan setiap makanan yang dibeli. Walaupun 50 peratus daripada perniagaan mereka adalah dibawa balik ('takeaways'), KOME mempunyai dalaman kontemporari yang cerah dan lapang, bersama-sama dengan kawasan terbuka didepan restoran tersebut. Sementara suhu diluar sangat sejuk, kami membuat pilihan untuk duduk didalam sambil makan malam dan memanaskan badan.





Perjalanan kami diteruskan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dimana penerbangan kami berlepas pada jam 1.10 pagi ke Singapura dan berlepas ke Brunei Darussalam pada jam 2 petang.


Bagi pandangan pebulis, Nissan X-Trail merupakan kereta yang sangat sesuai untuk perjalanan jauh. Kerusinya memberikan keselesaan yang tiada tandingan, sesuai bagi sesiapa yang mempunyai whiplash dari mengalami kemalangan kereta dan sakit belakang. Selaluinya pengalaman penulis ke Kota Kinabalu menggunakan kereta selalu mengalami kesakitan badan dan leher, tetapi pengalaman perjalanan di Perth adalah lebih jauh berbanding perjalanan ke Kota Kinabalu, penulis tiada rasa apa-apa kesakitan badan atau leher langsung.


Keluasan kereta suka keluasan kereta ini, mahupun di belakang dan juga diruang tempat duduk penumpang di barisan kedua. Bagasi-bagasi kami yang besar tambahan lagi barangan membeli-belah kami, masih lagi ada ruang untuk menyimpan barang, dan masih lagi ada ruang untuk pergerakan kaki dan kepala.



Keselamatan kereta ini adalah sangat baik. Walaupun kanak-kanak menaiki X-Trail serba baru ini, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan apa-apa kemalangan yang akan terjadi pada mereka kerana kereta ini mendapat anugerah lima bintang maximum yang bererti Nissan telah mementingkan keselamat secara keseluruhan bagi penumpang dewasa, penumpang kanak-kanak, orang berjalan diluar kereta, dan beberapa panduan keselamatan dalam kereta. Klik keselamatan Nissan X-Trail untuk keterangan lanjut.



Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan pelancaran Nissan X-Trail akan berlangsung pada 31hb Oktober 2014 pada 6 petang di Bilik Pameran Nissan, Beribi, Gadong. Beberapa hidangan dan aktiviti seronok akan menanti kehadiran anda.