Mantuka

Sunday, November 2, 2014

Pelancaran Volkswagen Touareg R-Line

Setelah melancarkan Volkswagen Golf bulan lepas, semalam Volkswagen Brunei telah melancarkan sebuah lagi tambahan model terbaru di dalam barisannya iaitu Touareg R-Line, sebuah kereta direka untuk aktiviti luar dan perjalanan jauh. Pelancaran ini telah berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen, Telanai.

Volkswagen Touareg R-Line merupakan ahli terbaru di pasaran Brunei yang menyertai barisan R-Line yang lain seperti Tiguan R-Line dan CC R-Line.

Berikutan kejayaan Touareg, Touareg R-Line baru lagi meningkatkan semangat barisan tersebut dengan keupayaan off-road asli dan dipasangkan dengan slant sporty. Tambahan peralatan standard yang ada pada Touareg biasa, satu set roda aloi 20 inci 'Mallory' dari Volkswagen R GmbH datang sebagai barang standard bagi Touareg R-Line. Bumper depan dan belakang dalam reka bentuk R melengkapi lambang R-Line pada panel sisi depan.

Di bahagian dalam pula, Black Piano Lacquer telah dimasukkan sebagai hiasan yang diletakkan pada papan pemuka, panel pintu langsing dan konsol tengah, manakala stainless steel scuff plates dengan huruf 'R-Line' dapat dilihat setiap kali pintu dibuka. Semua panel pintu juga dilengkapi dengan LED yang menambah kepada keselesaan dan pencahayaan dalaman. Satu lagi ciri unik Touareg R-Line baru adalah two-tone 'Nappa' leather upholstery, yang menambahkan luaran kereta ini lebih sportif.

Kuasanya berasal dari unit Diesel yang bersih, 3.0 unit V6 TDI. Enjin ini menempatkan kuasa setinggi 245 bhp (3,800 rpm-4,400 rpm) dan tork setinggi 550 Nm (1,750 rpm-2,750 rpm), memakan hanya 7.2L per 100km pada kitaran gabungan. Digabungkan dengan enjin ini adalah kotak gear 8-kelajuan automatik, serta all-wheel drive yang kekal dari 4MOTION. Ini membolehkan Touareg R-Line untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.6 saat. 

Sebagai sebuah Volkswagen SUV yang unggul, Touareg R-Line datang lengkap dengan ciri-ciri seperti 'Climatronic' dengan kawalan suhu 4-zon, pembukaan dan penutupan fungsi bagasi elektrik, 'RCD 550' sistem audio dengan paparan skrin sentuh dan multi-fungsi stereng sukan yang dibalut kulit leather dengan logo R-Line.

Mengenai keselamatannya pula, disamping ciri-ciri standard yang ada pada Touareg R-Line seperti beg udara bagi pemandu dan penumpang di depan dan belakang serta di sisi bahagian cermin dan kaki, Electronic Stabilisation Programme (ESP) yang termasuk Electronic Differential Lock (EDL), Anti-Slip Regulator (ASR) dan fungsi trailer stabilisation, sensor hujan, keselamatan bagi orang jalan kaki (padestrian protection) dekat kereta tersebut, 'Area View' kamera termasuk 'Rear View' kamera, kunci anak ('Child lock') elektronik untuk pintu belakang yang dikendalikan dari tempat duduk pemandu dan lain-lain lagi.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menyaksikan Volkswagen Touareg R-Line terbaru secara lebih dekat di Bilik Pameran Volkswagen, Telanai.

Ikuti Facebook Mantuka untuk gambar-gambar dari Pelancaran Touareg R-Line.