Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, September 7, 2014

Lakastah ke Boustead Fun Day!

Lebih dari 10 Syarikat telah diberi peluang untuk ikut serta dalam Karnival Hari Seronok Boustead 2014 yang diadakan pada 6hb dan 7hb September 2014 ini di Airport Mall, Berakas.Antara Syarikat yang menyertai karnival selama dua hari ini termasuk Ximply Chriz Cafe, Misato Japanese Restaurant, Dr. Kong, City Hair Studio, Interhouse Company, dan banyak lagi.

Pelancaran Boustead Fun Day telah di laksanakan oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai dimana beliau telah membuat sedikit ucapan alu-aluan kemudian dibawa melawat ruang pameran karnival tersebut oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee.

Keseronokan hujung minggu menanti anda di karnival tersebut. Anda diberi pilihan daripada sesuatu yang baru, jualan barangan dan makanan, ke penyampaian hadiah dan jerayawara Nissan, campuran aktiviti dan produk-produk daripada Syarikat Boustead Sdn Bhd yang disediakan apabila anda melawat ke kompleks membeli-belah Airport Mall, Berakas.

Kepada peminat kamera, pengedar tunggal Canon, Syarikat Interhouse, juga akan berada di karnival tersebut dan ia akan mempamerkan beberapa kamera Canon terbarunya serta mesin pencetak dan alat-alat lain.

Selain daripada itu, majlis Cabutan Bertuah Hari Raya Nissan telah berlaku semalam dan cabutan bertuah Hari Raya Suzuki akan berlangsung hari ini jam 3 petang. Peserta yang terpilih dalam cabutan utama itu nanti dimestikan membawa kad pengenalan masing-masing. Jika ada peserta yang dapat tidak hadir pada hari tersebut, para peserta mesti membawa surat pengesahan perwakilan bersama dengan salinan kad pengenalan kepada wakil peserta itu.

Khas buat kanak-kanak, Boustead Sdn Bhd telah menyediakan gula-gula flos (gulali), bouncer dan lukisan muka secara percuma. Tambahan lagi aktiviti seperti pertandingan melukis dan perlawanan Tamiya Mini 4WD juga disediakan.

Dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi karnival tersebut, yang akan dibukakan kepada kunjungan awam. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti karnival yang akan diadakan bolehlah melayari laman Facebook "Brunei Nissan" dan "Brunei Suzuki".