TCY Motors sedang bersiap sedia untuk mengadakan acara Audi Urban Driving Experience tidak lama lagi dimana seorang instruktor antarabangsa Audi dijemput untuk menyelia acara itu untuk memastikan keselamatan terbaik untuk pesertanya.
Antara model dipamerkan termasuk Audi A4, A5, A6, A7 Sportback, dan Audi A3 Sedan yang telah dilancarkan baru-baru ini, peserta boleh mengalami Sedan A3 dalam menjalankan latihan Road Drive di mana pilihan 5-mod Audi Drive akan diketengahkan. Latihan lain termasuk ABS brek dan gymkhana/slalom.
Latihan ini akan memberi manfaat kepada pemilik Audi kerana ia akan mempamerkan kebolehan kereta Audi mereka dalam keadaan biasa dan ekstreme yang boleh berlaku semasa memandu setiap hari.
Latihan ini akan memberi manfaat kepada pemilik Audi kerana ia akan mempamerkan kebolehan kereta Audi mereka dalam keadaan biasa dan ekstreme yang boleh berlaku semasa memandu setiap hari.
Acara ini adalah jemputan eksklusif untuk pemilik Audi di negara ini bagi menunjukkan penghargaan mereka. Tempat adalah terhad dan akan diperuntukkan pada asas 'siapa cepat dia dapat'.
Pemilik Audi boleh menghubungi 2442333 ext 28 atau melawat bilik pameran Audi Kiarong pada waktu pejabat untuk maklumat lanjut.
Pemilik Audi boleh menghubungi 2442333 ext 28 atau melawat bilik pameran Audi Kiarong pada waktu pejabat untuk maklumat lanjut.