Boustead Sdn Bhd berjaya melancarkan Nissan Teana baru yang berlangsung semalam di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club Sdn Bhd dimana pelancaran ini memberi para hadirin suasana yang indah dan seronok. Disamping itu, Boustead Sdn Bhd juga membuat kejutan bagi melancarkan Nissan 370z Roadster pada masa yang sama.
Nissan Teana menawarkan penampilan yang lebih berprestij dan elegan yang diserlahkan menerusi gayaan hadapan yang agresif, reka bentuk gril baru yang kemas dan lampu utama dengan lens projektor. Ianya juga memberikan pengalaman memandu bertaraf tinggi yang menyatukan keselesaan premium dengan pengalaman memandu yang dinamik.
Pelanggan yang dihormati dan para jemputan, orang ramai, dan juga tetamu dari syarikat-syarikat bersekutu telah dijemput untuk pelancaran ini. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Encik Lim Jin Lee, yang menyampaikan ucapan ringkas sebelum pelancaran Teana baru.
Teana menawarkan keseronokan bertaraf tinggi dengan tahap kecanggihan, keselesaan yang luar biasa, dan kualiti perjalanan yang lancar. Berbanding model sebelum ini dari segi pengendalian, kestabilan dan kawalan pemandu, Teana generasi baru membawa pemanduan anda ke tahap yang baru yang akan menjangkakan rentak gaya hidup dinamik anda.
Nissan Brunei menawarkan dua varian Nissan Teana serba baru ini dengan varian Teana 2.0L dan Teana 3.5L.
Apakah perbezaan diantara kedua-dua varian Nissan Teana serba baru ini? Menurut Nissan Brunei, Nissan Teana 2.0L menggunakan enjin 2.0L MR20DE yang baharu dibangunkan bersama penambah baikan yang ketara pada tork yang rendah dan sederhana. Penggunaan bahan api yang telah dipertingkatkan dan kecekapan emisi juga membuatkan prestasi pemanduan varian ini lebih lancar dan ekonomikal. Digabungkan dengan Xtronic CVT Nissan dan suspension yang teguh, Teana memberikan prestasi pecutan yang lebih baik dan memberi pemandunya keseronokan tiada tandingan. Nissan Teana 2.0L mampu memberi kuasa setinggi 100 kw (136PS) pada 5,600 rpm dan tork setinggi 190 Nm pada 4,400 rpm.
Sistem suspension Teana mempunyai keteguhan untuk memberi respon yang baik, stabil dan pengendalian yang lebih baik.
Nissan Teana adalah khas buat pelanggan yang mempunyai cita rasa premium, standard keselamatan yang komprehensif, keunggulan dan kemewahan. Ia pada dasarnya merupakan inovasi, teknologi, reka bentuk dan ungkapan keselesaan Nissan. Kunjungi Bilik Pameran Nissan, Beribi, Gadong untuk menyaksikan kereta ini dengan lebih dekat.
Untuk keterangan lanjut mengenai uji pandu Nissan Teana 3.5L, ikuti beritanya dibawah: