Jati Transport Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Mercedes-Benz di pasaran Negara Brunei Darussalam membuat satu lagi pelancaran baru tahun ini untuk membawa sejarah baru dalam barisan jenama Mercedes-Banz, iaitu model C-Class. Pelancaran untuk jemputan khas diberi peluang untuk menyaksikan lebih dekat Mercedes C-Class di bilik pameran Jati Transport, Gadong.
Pengurus Besar Jati Transport, Encik Alfred So menekankan bahawa perubahan inspirasi C-Class baru telah mengambil petunjuk daripada model perdana, S-Class, yang menetapkan satu tanda aras baru dari segi kemewahan dan moden dengan penampilan yang menarik, ciri-ciri keselamatan dan ketangkasan prestasi tinggi.
Beliau menambah bahawa C-Class terbaru telah menerima beberapa berita utama dan memenangi anugerah Design Trophy 2014 sebagai kereta tercantik oleh Majalah Pemotoran Jerman "Auto Zeitung" dan juga mencapai kedudukan 5 bintang yang terbaik dibawah Program Penilaian Kereta Baru Euro (Euro NCAP).
Keluaran C-Class baru adalah lebih berani daripada sebelumnya dari segi reka bentuknya. Ianya sangat menarik, reka bentuk yang dinamik dan menimbulkan emosi. Estetik moden adalah sumber inspirasi untuk reka bentuk garisan dan permukaan saloon baru yang harmoni dan dinamik telah mewujudkan kesan yang ketara. Pereka telah mencipta minimalis, bagi mempertahankan kemurnian C-Class yang menekankan teknologi pintar dan kejuruteraan hebat. Permukaan yang jelas memaparkan tahap ketegangan, memberikan sifat moden dan ciri-ciri emosi. Garisan yang terperinci dan permukaan arca mewujudkan cahaya progresif dan tempat teduh.
Kereta ini juga menawarkan bonet yang panjang dan sangat ketara apabila dilihat dari luaran model ini. Tambahan lagi ianya juga menawarkan kompartmen untuk penumpangnya dan dengan jarak overhang yang pendek menetapkan C-Class sebagai kereta saloon yang klasik dan seimbang. Ianya juga mempunyai tayar besar yang memberikan model ini nampak bergaya dan sportif.
Terdapat dua pilihan dengan permukaan yang berbeza iaitu sporty yang memaparkan kedudukan bintang ditengah atau barisan EKSKLUSIF mempunyai jeriji saloon radiator klasik yang memaparkan bintang Mercedes pada bonet kereta.
Sirip gril radiator boleh ditutup sepenuhnya untuk mengoptimumkan nilai Cd kenderaan, status saloon ini ditanam dalam gaya sendiri yang memberikan jaminan sewajarnya.
C-Class baru datang dengan "Sistem Pintar Lampu LED". Ciri-ciri reka bentuk lampu depan di waktu malam memberi C-Class baru kelihatan sangat unik. Lampu belakang dan lampu brek yang ada pada lampu ekor menampilkan teknologi LED.
Mercedes-Benz C-Class boleh didapati hari ini di Bilik Pameran Mercedes-Benz, Jati Transport, Gadong dari 10 pagi hingga 6 petang.