Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, July 20, 2014

Haji Mohd Tusiwmomin Menang Peraduan Grand Motors

Lebih dari 1, 200 peserta telah menyertai peraduan meneka jumlah bola yang ada dalam kereta Kia Sportage yang dipamerkan di Bilik Pameran Kia, Beribi, Gadong. Empat peserta daripada itu telah meneka dengan tepat iaitu sebanyak 285 biji bola tetapi hanya seorang pemenang yang terpilih untuk menjadi pemenang bertuah.


Haji Mohd Tusiwmomin selaku pemenang bertuah berjaya dipilih untuk menjadi pemenang utama peraduan meneka jumlah bola dalam Kia Sportage. Beliau berjaya memenangi wang tunai sebanyak B$500.00 apabila berjaya meneka jumlah bola dalam peraduan yang dianjurkan oleh Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad.

Pengiraan bola di dalam kereta berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhs, Frankie Ho dan disaksikan serta dibantu oleh perwakilan dari ahli-ahli perbankan di Brunei yang terdiri daripada Bank BIBD, HSBC dan Baiduri serta ahli kakitangan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd.


Haji Mohd Tusiwmomin akan dihubungi oleh pihak Grand Motors Sendirian Berhad untuk mengambil hadiah beliau dalam peraduan ini.

Peraduan ini telah berlangsung sejak 1hb Mac dan berakhir pada 14hb Julai lalu, yang mana orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran KIA dan meneka berapa biji bola di dalam kereta tersebut. Hanya seorang pemenang yang berjaya meneka dengan tepat atau hampir dengan jumlah yang ada akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak B$500.00.