Sempena sambutan Hari
Raya Aidil Fitri, Mazda Brunei, salah satu pengedar Mazda secara eksklusive oleh Syarikat Grand
Motors Sendirian Berhad, telah
memberi sumbangan dana kepada Pusat Ehsan.
Sebagai sebahagian daripada komitmen Syarikat
tersebut untuk menyediakan bantuan
kewangan atau sokongan kepada
organisasi atau badan amal yang
layak, sebanyak B$ 3,000.00 dalam
sumbangan wang tunai telah disampaikan
oleh Pengarah Urusan Grand
Motors Sdn Bhd, Encik Frankie Ho dan Pengarah Eksekutif, Hj Shaiful Rizal
Bin Pehin Dato
Dr Hj Ahmad
kepada Perancangan Pemegang Amanah dan Dasar Pusat Ehsan, Hj Ahmad bin Hj Abd Rahman.
"Kami
berdua sangat bahagia dan gembira untuk membuat sumbangan
wang tunai ini kepada Pusat Ehsan"
kata Frankie Ho. "Pada
bulan Ramadhan yang mulia ini, ia dianggap sesuai untuk memberi kepada saudara-saudara
yang kurang bernasib baik dan ia adalah
keredhaan kami untuk memberikan sokongan
kewangan pada masa ini kepada organisasi
yang sudah lama beroperasi di Negara ini" katanya.
Pusat
Ehsan adalah sebuah pertubuhan bukan
kerajaan dan tiada keuntungan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan dan
pemulihan kualiti untuk individu kurang upaya dan
dicabar dari segi fizikal dan intelektual.
Sebagai sebahagian usaha daripada tanggungjawab
korporat sosial (CSR)
Grand Motors Sdn Bhd pada bulan Ramadhan yang mulia ini, mereka telah menyediakan dana untuk organisasi kebajikan ini akan banyak
membantu dalam menawarkan bantuan
dan menjaga golongan kurang upaya
untuk mencapai potensi penuh mereka
dalam masyarakat.