Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, July 19, 2014

Pelancaran Ford EcoSport

Premier Automobiles Sdn Bhd selaku pengedar kereta-kereta Ford telah membuat satu pelancaran keluaran terbaru mereka iaitu Ford EcoSport, sebuah kereta jenis 2WD SUV yang penuh dengan teknologi terkini untuk keselesaan pemandunya semalam.

Keluaran Ford EcoSport di pasaran Brunei Darussalam menawarkan dua jenis varian iaitu Spec Tinggi dan Sederhana. Perbezaan diantaranya ialah luaran grill EcoSport Titanium (Spec Tinggi) mempunyai luaran grill berwarna krom, rim tayar yang lebih ganas, dan sunroof. Manakala EcoSport Trend (Spec Sederhana) mempunyai luaran grill berwarna silver dan rim tayar standard.

Ford EcoSport dalam segmen B ini merupakan kenderaan urban sport utiliti yang menjadi tarikan ramai dan dalaman yang luas memuatkan lima orang dewasa. EcoSport menawarkan pemanduan dengan sambungan standard atasan serta kemudahan memandu dan keselamatan perjalanan. Model ini lebih matang, mencerminkan pengoptimuman kereta dalam aspek-aspek seperti kualiti, keselamatan dan keperluan pengguna.

Ford EcoSport adalah sebuah kereta yang praktikal untuk pelanggan yang mempunyai gaya hidup bebas dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya serta yang suka meneroka. Ianya selesa apabila melalui kawasan banjir dan ia juga menghiburkan pemandu dengan pilihan muzik yang menggunakan bebas-tangan dan telefon panggilan.

Ford EcoSport adalah bukti seterusnya dalam transformasi produk yang diterajui yang berterusan di ASEAN dan pelan perkembangan agresif di seluruh Asia Pasifik. Ia akan membolehkan para pelanggan kami untuk mengalami kenderaan yang mempunyai saiz sesuai yang telah dibangunkan dengan keadaan lalu lintas dan jalan di rantau ini dalam fikiran, membantu untuk menentukan segmen ini, dan mewujudkan ruang sendiri," kata Pengurus Besar PASB, Chan Chee Seng.

Beliau menambah bahawa EcoSport serba baru ini memberikan kemudahan, serba boleh dan praktikal yang akan memikat pelanggan generasi baru di Brunei.

Model ini menawarkan sistem masuk tanpa kunci dipaparkan di pemegang pintu EcoSport serta pengesan pengelap cermin secara auto yang menyesuaikan kelajuan mengiuti kekuatan hujan. Sistem audio EcoSport termasuk pemain CD/MP3, slot USB, penyambung iPod, penyambung Bluetooth, slot auxiliary dan skrin LCD 3.5".

Kecanggihan EcoSport adalah dari sistem SYNC yang dikuasai oleh Microsoft Windows Embedded Automotive Platform memudahkan pemandu untuk mengawal sistem audio dan telefon semasa sambungan Bluetooth diaktifkan dengan hanya menggunakan arahan suara. SYNC menetapkan trend untuk masa depan bebas-tangan dan suara-diaktifkan. Ini adalah untuk memastikan tangan pemandu sentiasa pada roda dan mata di jalan raya.

Kereta ini dikuasai dengan enjin 1.5 liter Ti-VCT (Petrol) yang membekalkan kuasa maksimum 112PS (82kW) pada 6300rpm dan 140Nm pada 4400rom kuasa tork. Sterengnya pula menggunakan teknologi elektril power-assisted (EPAS) untuk tindak balas yang responsif dan penjimatan minyak. EcoSport dibekalkan dengan 6-kelajuan automatik powershift R transmisi yang juga mempunyai mod sport. Mod ini memudahkan pemandu untuk meninggikan atau merendahkan gear secara manual untuk tambahan kuasa pancutan.

Dari segi keselamatan EcoSport, ini adalah satu kepentingan dalam pembinaan Ford dimana EcoSport direka dengan tujuh beg udara keseluruhan. Ianya juga digabungkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Launch Assist (HLA), ISOFIX, Rear Parking Sensor, dan amaran brek kecemasan (Emergency Break Hazard Warning).

Premier Automobiles Sdn Bhd menawarkan kedua-dua varian EcoSport Trend dan Titanium dari berbagai warna iaitu Thunder Black, Lunar Sku, Ingot Silver, Frozen White, Mars Red, dan Winning Blue.

Untuk membuat uji pandu dan keterangan lanjut, orang ramai dialu-alukan untuk datang ke bilik pameran Ford di Tapak Perindustrian Beribi, Gadong. Ikuti Ford Brunei di Facebook "Ford Motor Brunei", Twitter "FordBrunei" dan Instagram "Ford_Brunei" untuk berita kemas kini daripada Ford Brunei.

Untuk keterangan lanjut mengenai uji pandu EcoSport, layari beritanya di sini: