Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, April 19, 2014

Hajah Kamariah pemenang utama cabutan promosi Tahun Baru Universal Incredible Coaster

Tuah menyebelahi Hajah Kamariah Haji Mohd Yassin apabila beliau diumumkan sebagai pemenang utama cabutan promosi Tahun Baru Universal Incredible Coaster anjuran Boustead Sdn Bhd yang menawarkan hadiah pas masuk ke Universal Studio di Amerika Syarikat, dan ini termasuk tiket penerbangan untuk dua orang dan penginapan hotel.

Hadiah kedua iaitu ke Universal Studio di Jepun pula dimenangi oleh Chong Kiong Hen sementara Mohd Fardillah Mohammad Azman@Osni Belanda pula membawa pulang hadiah ke Universal Studio, Singapura.

Selain daripada itu, tujuh peserta lain turut membawa pulang hadiah sagu hati.

Peserta yang layak menyertai cabutan ini ialah mereka yang telah membeli mana-mana model sama ada Nissan Pulsar, Juke, Evalia, Almera atau March di sepanjang promosi iaitu dari 16 Disember 2013 hingga 31 Mac 2014.

Promosi yang diadakan ini bukan sahaja sebagai satu ganjaran Boustead Sdn Bhd kepada pelanggannya yang membeli mana-mana barisan Nissan tetapi juga sebagai penghargaannya kepada kesetiaan pelanggan atas sokongan dan menjadi sebahagian dari keluarga Nissan.