Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, April 19, 2014

Jamulidin pemenang utama Promosi Suzuki 'Wet & Wild'

Jamulidin Haji Tamit muncul sebagai pemenang pertama bagi Promosi Suzuki ‘Wet and Wild’ dengan memenangi tiket penerbangan ke Gold Coast dan Sea World, Australia dalam cabutan bertuah yang diadakan di premis Boustead Sdn Bhd pagi tadi.

Hadir mengadakan cabutan bertuah bagi 10 orang yang terpilih dan menyampaikan hadiah ialah Pengarah Urusan Dato paduka Awang Lim Beng Thai.

Tempat kedua promosi itu dimenangi oleh Haji Jamali Haji Tuah yang mendapat tiket penerbangan ke Bali, Indonesia dan tempat ketiga, daripada Nesting Sdn Bhd, wakil Jin Long Cong menang tiket penerbangan ke Phucket, Thailand. Ketiga-tiga pemenang ini turut mendapat kamera GO Pro Hero 3+ bagi merakamkan detik-detik indah semasa perjalanan mereka nanti.

Promosi Suzuki ‘Wet and Wild’ anjuran Boutstead Sdn Bhd ini telah bermula sejak 16 Disember 2013 hingga 31 Mac 2014 bagi para pelanggan yang membeli model kereta Suzuki Grand Vitara, APV, Swift, Alto atau Jimny. Pembelian salah satu daripada model kereta berkenaan telah melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah promosi tersebut.

Promosi bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan setia Suzuki malahan memberikan penghargaan atas sokongan berterusan mereka kepada jenama kereta itu.