Showing posts with label Land Rover. Show all posts
Showing posts with label Land Rover. Show all posts

Sunday, January 12, 2020

Bilik Pameran Indera Motors Sdn Bhd Baru Saja Dibuka


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Syarikat Indera Motors Sdn Bhd kelmarin membuka dan menjemput media-media tempatan untuk menyaksikan sendiri Bilik Pameran terbaru Jaguar Land Rover (JLR) yang terletak di Fasiliti baru JLR di Beribi Auto Park Lot 78 A&B.

Bilik Pameran JLR terbaru itu mempunyai ruang besar mengambil sejauh 3.5 Acres mempamerkan produk kereta jenama kelas tinggi dari negara British iaitu Jaguar dan Land Rover.

Kini JLR menuju kepada misi mereka untuk memberi perkhidmatan berkualiti, pengalaman pelanggan terbaik dan nilai cadangan kompetitif.


Bilik pameran itu dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bilik pameran berasingan bagi jenama Jaguar dan Land Rover, tempat rehat, ruang perbincangan, bilik pengambilan kereta pelanggan, surau, tempat pemedulian pelanggan, kawasan pandu lalu penghantar kereta pelanggan, kawasan bengkel pembaikan kereta yang lebih luas dan berteknologi tinggi.

Orang ramai sekarang boleh berkunjung ke bilik pameran JLR dibuka dari Isnin hingga Sabtu.

Sunday, June 30, 2019

Range Rover Evoque Dilancarkan


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Indera Motors Sdn Bhd malam tadi secara rasminya melancarkan Range Rover Evoque terbaru di Radisson Hotel di Bandar Seri Begawan.

Model tersebut disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah Urusan Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bersama Pengarah Jualan Jaguar Landrover Rantau Asia-Pasifik, Alistair Scott, Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong dan Pengurus Jualan Indera Motors Sdn Bhd, Zen Thea Hong.


Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay.

Evoque terbaru ini adalah sebagai perubahan evolusi dari segi desain dan kejuruteraannya yang masih memegang kuat dari model kompak SUV sebelum ini.



Disediakan dengan dua jenis varian spesifikasi standard dan tinggi. Range Rover Evoque juga dimuatkan enjin P200 atau P250 dengan 9-kelajuan transmisi Automatik.

Selain itu, kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan persekitaran digital yang dikawal melalui skrin sentuh.

Diperkenalkan pada tahun 2011, Range Rover Evoque menjadi model yang terlaris dijual. Dengan kombinasi gaya ikonik, kemewahan dan kemampuan menjalani apa jua jenis rupa bumi telah menarik banyak pelanggan, banyaknya yang baru kepada jenama Land Rover.




Saturday, April 13, 2019

Acara Malam Wanita Jaguar Land Rover


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Acara Malam Wanita Jaguar Land Rover adalah acara tertutup yang mana Indera Motors menjemput perwakilan dari Suruhanjaya Tinggi British, stesyen radio tempatan seperti Kristal FM, Progresif Radio dan Pelangi FM, Pengaruh Media Sosial, perwakilan wanita dari notable art galleries Creative Space, Kaleidoscope Studios, syarikat-syarikat media dan juga media tempatan.


“Wanita hari ini di dalam tempat duduk memandu disetiap industri dalam dunia serba cepat. Mereka adalah multi tasker yang semula jadi dan membawa kepada kesempurnaan menjadikan mereka asset bernilai bagi setiap syarikat dan perniagaan”.


“Malam ini acara mempamerkan jenama kami, Jaguar Land Rover dan Laneige yang mencerminkan kualiti kesempurnaan yang sama dan canggih” kata Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong dalam ucapan alu-aluannya.


Malam Wanita Jaguar Land Rover adalah salah satu dari acara penghargaan social Indera Motors Sdn Bhd yang menginspirasi untuk membuat acara yang sama dimasa akan datang, untuk menunjukkan penghargaan dan tanda terima kasih kepada pelanggannya dan juga orang ramai yang mengikuti kemajuan syarikat ini bertahun-tahun.






Tuesday, October 9, 2018

Indera Motors Lancarkan Program Pra-Milik (Preowned) yang Diiktiraf

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Indera Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Jaguar Land Rover Asia Pacific baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan Program pra-milik (Preowned) yang diiktiraf dan dijenamakan sebagai "APPROVED".

Program tersebut dibuat oleh Kumpulan Jaguar Land Rover Pelbagai Fungsi (Multi-Functional), sebagai program yang membolehkan memberi keperluan dan kepuasan pelanggan.

Pengurus Pra-Milik Jaguar Land Rover Asia Pacific, Garth Turnbull mewakili dalam perubahan pasaran kenderaan Pra-Milik di Brunei Darussalam.

Beliau menerangkan, Program tersebut dibina untuk memberi pelanggan Brunei pengalaman pembelian kereta yang terbaik, yang mana kereta Pra-Milik tersebut disediakan jaminan kelas tinggi serta bantuan roadside.

Bagi menyokong program baru ini, Jaguar Land Rover telah melancarkan APPROVED Customer  Promise. APPROVED Customer Promise memastikan nilai unik bagi syarikat berkenaan yang setentunya memberi kepuasan, bebas dari kerisauan serta memastikan kenderaan yang dimiliki mempunyai kualiti terbaik.


Antara isi Customer Promise seperti 2 tahun jaminan Approved, bantuan roadside 24/7, Pemeriksaan Multipoint 165, Kemahiran Juru teknik yang pakar, Sejarah Penyelenggaraan memastikan keselamatan dan penjagaan  baik kenderaan tersebut, ujian di Jalan raya bagi memastikan prestasi dan kesua berjalan dengan lancar.

Pengurus Pra-Milik Indera Motors Sdn Bhd, Zen Thea berkata, "Program Pra-Milik Approved memberi pelanggan dengan pelbagai pilihan baru. Ia membuatkan jenama lebih menarik dan menyalurkan kepastian kualiti dari jangkaan pelanggan premium kami." 



Sunday, December 10, 2017

Uji Pandu Land Rover Discovery Sport



Indera Motors memperkenalkan Land Rover Discovery Sport terbaru kepasaran Negara Brunei Darussalam, model tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan terutama dikalangan peminat kereta jenis Sport Utility Vehicle (SUV).


Discovery Sport terbaru didatangkan dengan penampilan futuristik, wajah depan mempunyai desain yang munjung dengan gril depan nipis tidak lari dari konsep kereta-kereta jenama Land Rover sebelum ini.  Setentunya sesiapa yang memandu kereta ini akan dilihat ramai dari desain anggun tersendiri dan jenama yang disebut-sebut sebagai jenama mewah.

Tambahan baru lampu LED dan bumbung C-pillar membuatkan Discovery Sport lebih mengancam, gagah dan besar bagi sebuah SUV yang menunjukkan penampilan keseluruhan kereta ini tidak begitu berbeza dengan kereta Range Rover Evoque.  

Discovery Sport direka menggabungkan tempat duduk 5+2 konfigurasi dengan rekaan dan jurutera intergriti dalam sebuah kereta kompak.

Semasa menjalankan uji pandu baru-baru ini, penulis permotoran tidak sia-sia menguji prestasi kegagahan kereta ini.  Discovery Sport ini mampu memberi kuasa secukupnya untuk perjalanan yang sentiasa sibuk mengejar masa. Apa yang dimaksudkan itu, dengan enjin 2.0 Direct Fuel Injection Turbocharged digabungkan lagi dengan transmisi 9-kelajuan memberi perjalanan licin tanpa sebarang gegaran mahupun gerakan berat semasa perlepasan awal.


Apa yang patut dipuji mengenai model SUV ini, semasa meneroka perjalanan di jalan raya mahupun luar jalan, pemandu tidak merasa gegaran atau hentakan ditempat duduk, kerusi yang nyaman dengan bantuan lumbar adalah antara dari rahsia terdapat di dalam kereta dilaraskan secara elektronik dengan menekan punat berhampiran kerusi pemandu dan penumpang depan.

Tambahan lagi semasa perjalanan ke kawasan kampung yang mempunyai perjalanan tidak rata dengan menggunakan Active Driveline, klac kawalan elektronik yang beroperasi mengikut peredaran tork pada roda akan menjadi lebih mencengkam seperti mana yang dikehendaki. Ia juga akan memantapkan lagi pengendalian pada laluan yang sukar dan gandar belakang boleh ‘dikunci’ apabila berada di laluan licin.

Banyak fungsi penting dimuatkan di dalam kereta ini, antaranya, Adaptive Dynamics dengan peredam MagneRide™ pula menambah keselesaan pemandu dan penumpang. Ia menawarkan pelarasan yang lebih adaptif bergantung pada keadaan jalan. MagneRide™ juga mengurangkan gerak badan kenderaan dari graviti dan meningkatkan kestabilan sewaktu merentasi laluan yang sukar.

Banyak inovatif yang membuatkan Discovery Sport menjadi unik dan melalui diluar jalan biasa, dari Variable-ratio, electric power-assisted steering (EPAS) kepada MagneRide adaptive dampers. Discovery Sport juga mampu mengharungi pelbagai keadaan jalan yang mana teknologi yang dimuatkan termasuk Hill Descent Control (HDC), Gradient Release Control (GRC), Wade Sensing, Roll Stability Dynamic (DSC), Electronic Traction Control (ETC) dan Engine Drag Torque Control (EDC).


Penambahan terbaru termasuk sistem infotainment dengan 8-inci skrin sentuh kepada bag udara berjalan kaki bagi mengurangkan akibat pelanggaran. Antara teknologi lainnya termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), amaran penukaran jalan, Traffic Sign Recognition, system kamera keliling HD, lampu autotmatik, sensor undur, system Navigasi satelit HDD dan bantuan letak kereta.

Sunday, October 29, 2017

Jualan Kenderaan Pra-milik yang diluluskan di Brunei Motor Show


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Bersempena dengan Pameran Motor Brunei 2017, Indera Motors Sdn Bhd melancarkan program pra-milik Jaguar Land Rover yang diluluskan di Dewan 2 Bridex, Jerudong.

Dalam program itu, setiap kenderaan Jaguar Land Rover yang diluluskan atau dikenali sebagai kereta terpakai di periksa untuk memastikan mileage kenderaan itu adalah betul, sejarah penyelengaraan tulen, tidak ada pinjaman (currently financed) dan tidak pernah mengalami kemalangan teruk.

Setiap kenderaan tersebut harus menjalani 165 pemeriksaan mekanikal dan elektrikal, pemeriksaan badan dan pemeriksaan jalan raya. Jika mempunyai masalah kenderaan tersebut akan diperbaiki oleh juruteknik JLR bertauliah menggunakan alat Jaguar dan Land Rover tulen.



Kesemua kenderaan Jaguar Land Rover yang diluluskan di datangkan dengan 24 bulan (136,000Km) jaminan, pelan perkhidmatan percuma selama dua tahun dan bantuan pinggir jalan selama 24 bulan bagi memberi pelanggan yang terbaik membeli kenderaan Jaguar Land Rover.

Eksekutif Jualan Kenderaan pra-milik yang diluluskan, Mohammad Ferdouse bin Haji Omar, “Kami telah merancang program sejak begitu lama dan hari ini, ia menjadi reality, kami berharap program ini dapat kepuasan kepada orang ramai mahupun peminat kereta”

“Kami juga memastikan jika masalah berlaku semasa 24 bulan atau 136,000 Km selepas pembelian pra-milik Jaguar Land Rover yang diluluskan, ia nya akan dijaga”.



Bersempena dengan kedatangan cuti sekolah, Indera Motors Sdn Bhd akan melancarkan promosi baru, Jaguar Land Rover on Ice. Menangi hadiah utama berupa memandu ais selama tiga hari di Ice Academy di Sweden, kepada yang membeli unit model Jaguar atau Land Rover dari 1 November 2017 hingga 31 Januari 2018, akan berpeluang mengambil pengalaman memandu perjalanan salji menggunakan Jaguar F-Type, Jaguar F-Pace, Range Rover Sport dan Renge Rover.


Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi 2391000 atau dari laman web www.jaguar.com.bn dan www.landrover.com.bn .


Saturday, August 26, 2017

Land Rover Experience Tour Brunei 2017 dilancarkan





Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam baru-baru ini melancarkan Land Rover Experience Tour Brunei 2017 di kawasan letak kereta di depan Museum Alat-alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.

Pembukaan rasmi disempurnakan oleh Pengarah Urusan Indera Motos Sdn Bhd, Alfred Yong Foh Sen bersama ahli pengurusan Indera Motors Sdn Bhd. Acara tersebut diadakan buat kali pertama di Negara Brunei Darussalam yang mana bertujuan untuk mempamerkan bukan saja jenama premiumnya bahkan keseronokan, mendebarkan dan jenama pertualangan.

Selain mengejar masa melalui pelbagai halangan yang mencabar menggunakan model-model Land Rover Discovery, Range Rover Evoque terbaru, para peserta juga mempelajari fungsi-fungsi terbaru dilengkapi di dalam model-model Land Rover.

Land Rover telah mengumumkan pertandingan serantau memberi peserta peluang untuk memenangi Land Rover Experience Tour ke Amerika Selatan, yang mana mereka akan memandu keluaran terbaru Land Rover Discovery melalui ekspidisi selama enam hari melalui gunung, Hutan dan padang pasir.

Acara kelayakan di wilayah Asia Pasifik akan diadakan nanti dan empat peserta teratas yang layak dari setiap Negara akan mendapat tempat untuk peringkat akhir wilayah.

Acara kelayakan di Brunei bermula hari ini 25 hingga 27 ogos semasa Land Rover Experience Tour Brunei diadakan dan orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pertnadingan tersebut secara percuma.

Untuk mendaftar, orang ramai hanya perlu melayari laman web Land Rover Brunei atau menghubungi Hotline 8226201 bagi mendapatkan jadual slot masing-masing. Peserta dengan markah tertinggi akan memenangi penerbangan untuk dua orang ke pertandingan peringkat akhir wilayah di Laos pada akhir bulan September bertanding dnegan pemenang dari pelbagai Negara di wilayah lainnya.

Friday, August 28, 2015

Pelancaran Land Rover Discover Sport


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Indera Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal bagi jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei baru-baru ini melancarkan keluaran terbaru Land Rover Discovery Sport, sebuah kereta Kompak Sport Utility Vehicle (SUV) yang versatil.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris berlangsung di Empire Theatre, Jerudong.


Pelancaran Discovery Sport ini menjadi satu masa yang penting bagi Syarikat berkenaan dan jenama itu dalam sejarah Land Rover yang telah memberikan yang terbaik kepada pelanggannya selama 66 tahun. Discovery Sport direka menggabungkan tempat duduk 5+2 konfigurasi dengan rekaan dan jurutera intergriti dalam sebuah kereta kompak.

Discovery Sport terbaru ini mendapat sambutan yang menggalakkan didatangkan dengan penampilan futuristik, wajah depan mempunyai desain yang munjung dengan gril depan nipis tidak lari dari konsep kereta-kereta jenama Land Rover sebelum ini. Tambahan lagi lampu LED dan bumbung C-pillar membuatkan Discovery Sport lebih mengancam dan besar. Bagi penulis, bentuk dan rupa kereta ini tidak begitu berbeza dengan kereta Range Rover Evoque tetapi ianya lebih besar.




Bagi pasaran Negara Brunei Darussalam, ia akan dipadankan dengan enjin 2.0 Direct Fuel Injection Turbocharged digabungkan lagi dengan transmisi 9-kelajuan, selain itu menawarkan enam silinder prestasi pakej kompak yang mengurangkan berat dan mengurangkan emisi CO2 kepada 20 peratus.

Banyak inovatif yang membuatkan Discovery Sport menjadi unik dan melalui diluar jalan biasa, dari Variable-ratio, electric power-assisted steering (EPAS) kepada MagneRide adaptive dampers. Discovery Sport juga mampu mengharungi pelbagai keadaan jalan yang mana teknologi yang dimuatkan termasuk Hill Descent Control (HDC), Gradient Release Control (GRC), Wade Sensing, Roll Stability Dynamic (DSC), Electronic Traction Control (ETC) dan Engine Drag Torque Control (EDC).

Penambahan terbaru termasuk system infotainment dengan 8-inci skrin sentuh kepada bag udara berjalan kaki bagi mengurangkan akibat pelanggaran. Antara teknologi lainnya termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), amaran penukaran jalan, Traffic Sign Recognition, system kamera keliling HD, lampu automatik, sensor undur, system Navigasi satelit HDD dan bantuan letak kereta.




Land Rover Discovery Sport boleh didapati dengan tiga jenis varian iaitu S, SE dan HSE dijual dengan harga perkenalan buat masa ini. Pelanggan boleh menyaksikan kereta tersebut atau membuat uji pandu di Lot Q2, Q3 dan Q4, Kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk hari Isnin hingga khamis, Jumaat dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 5 petang dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 4 petang.