Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, August 26, 2017

Land Rover Experience Tour Brunei 2017 dilancarkan





Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam baru-baru ini melancarkan Land Rover Experience Tour Brunei 2017 di kawasan letak kereta di depan Museum Alat-alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.

Pembukaan rasmi disempurnakan oleh Pengarah Urusan Indera Motos Sdn Bhd, Alfred Yong Foh Sen bersama ahli pengurusan Indera Motors Sdn Bhd. Acara tersebut diadakan buat kali pertama di Negara Brunei Darussalam yang mana bertujuan untuk mempamerkan bukan saja jenama premiumnya bahkan keseronokan, mendebarkan dan jenama pertualangan.

Selain mengejar masa melalui pelbagai halangan yang mencabar menggunakan model-model Land Rover Discovery, Range Rover Evoque terbaru, para peserta juga mempelajari fungsi-fungsi terbaru dilengkapi di dalam model-model Land Rover.

Land Rover telah mengumumkan pertandingan serantau memberi peserta peluang untuk memenangi Land Rover Experience Tour ke Amerika Selatan, yang mana mereka akan memandu keluaran terbaru Land Rover Discovery melalui ekspidisi selama enam hari melalui gunung, Hutan dan padang pasir.

Acara kelayakan di wilayah Asia Pasifik akan diadakan nanti dan empat peserta teratas yang layak dari setiap Negara akan mendapat tempat untuk peringkat akhir wilayah.

Acara kelayakan di Brunei bermula hari ini 25 hingga 27 ogos semasa Land Rover Experience Tour Brunei diadakan dan orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pertnadingan tersebut secara percuma.

Untuk mendaftar, orang ramai hanya perlu melayari laman web Land Rover Brunei atau menghubungi Hotline 8226201 bagi mendapatkan jadual slot masing-masing. Peserta dengan markah tertinggi akan memenangi penerbangan untuk dua orang ke pertandingan peringkat akhir wilayah di Laos pada akhir bulan September bertanding dnegan pemenang dari pelbagai Negara di wilayah lainnya.