Showing posts with label Golf R. Show all posts
Showing posts with label Golf R. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Volkswagen Golf R & Scirocco R mula memasuki pasaran Brunei

Syarikat Maju Motors semalam mengumumkan keluaran Siri R iaitu ‘Golf R’ dan ‘Scirocco R’ terbaru dari Volkswagen yang mula dipamerkan di bilik pameran Maju Motors, Jalan Telanai.

Keluaran Golf R terbaru yang juga dikenali sebagai MK7 ini mampu dikawal dengan mudah, apatah lagi sistem kawalan pemanduannya banyak dibantu oleh gajet elektronik terkini yang dipadankan dalam kereta ini. Tambahan lagi, penulis yang pernah membuat uji pandu kereta tersebut adalah pilihan yang sesuai untuk pemilik yang mempunyai perasaan yang sama dengan penulis Mantuka.com sebab kereta ini di inspirasi daripada jentera lumba dan memberikan ledakan adrenalin tulen sebuah kereta.



Jika melihat generasi model Golf R terbaru ini, ianya tidak banyak perbezaan dengan model Golf GTI sebelumnya tetapi MK7 ini menggunakan kejayaan dari MK6 termasuk bentuk badan yang lebih lebar dan sportif, kereta ini juga tidak kurang dengan prestasi pecutannya dijana oleh enjin petrol serba baharu dengan kapasiti 1,984cc turbocaj TSI, 4-silinder dan 16-injap yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 280 kuasa kuda pada 6,200rpm menjadikan sebuah enjin empat silinder yang kuat.

Cuaca sangat baik, sesuai untuk mengerah tenaga kereta ini di jalan raya kawasan Changi yang juga tidak begitu sempit untuk membuat uji pandu tersebut. Janaan kuasa Golf terbaharu ini mampu memberi kepuasan penulis dengan hanya menekan sedikit minyak menyalurkan kuasa kuda yang begitu kuat.

Ini kerana MK7 digabungkan dengan transmisi DSG enam kelajuan dan kuasa itu disampaikan ke semua empat tayar melalui sistem pacuan semua roda 4MOTION baharu. Sistem ini menyalurkan kuasa kepada keempat-empat tayar sehingga ke tahap maksima.

Walaupun tidak berpeluang untuk menguji sepenuhnya kuasa dan kemampuan Golf R diatas kesuntukan masa, kami sebagai penulis berasa kagum dengan kuasa yang disalurkan oleh model terbaharu dari Volkswagen ini yang menyalurkan kuasa dengan lebih ketara berbanding yang terdahulu.




Golf R ini mampu memberi pilihan profil tersendiri, ini bermakna sebanyak lima pilihan program boleh dipilih oleh pemandu mengikut keperluan masing-masing. Program 'Dynamic Chassis Control' ini termasuk 'Comfort' bagi pemanduan selesa, ‘Eco’ bagi ekonomi, ‘Normal’ untuk pemanduan biasa, ‘Individual’ bagi pemandu secara profil individu dan yang istimewa ialah ‘Race’ bagi pemanduan adrenalin.

Dalam setiap pilihan ini, tekanan penyerap hentak dan tindak balas enjin akan dilaras. Pilihan ‘Race’ bukan sahaja menukar bunyi enjin dan exhos kereta tersebut bahkan memberi kuasa secara maksimum mengikut enjin yang sudah ditala (tuned) oleh pengeluar Volkswagen. 

Model Golf R kali ini turut dimuatkan dengan pilihan Mode ‘Launch Control’, jika yang berminat dengan perlumbaan, pilihan Launch Control inilah kunci utama bagi melancarkan kereta tersebut secara agresif.

Volkswagen juga melengkapkan sistem Advanced Electronic Differential Lock (XDS) generasi terbaharu pada Golf R ini. Ia adalah satu sistem yang akan memberikan kuasa brek tertentu terhadap mana-mana tayar bagi memastikan kenderaan boleh memecut laju di selekoh tanpa kehilangan cengkaman.

Keluaran Volkswagen Golf R ala kereta lumba ini sebuah kereta yang berkuasa tinggi dan kita memikirkan bahawa dengan prestasi tinggi penggunaan bahan api pun bertambah, model keluaran generasi ketujuh ini tidak sama seperti model sebelumnya, ianya disifatkan memberikan penjimatan penggunaan bahan api antara 8.5 hingga 7.1 liter bagi setiap 100 kilometer bersamaan dengan 15 peratus penjimatan berbanding model terdahulu.

Penjimatan itu turut dibantu dari peralatan teknologi seperti sistem kunci pintar start/stop dan penjanaan semula kuasa bateri dengan transmisi dual clutch gearbox (DSG) 6-kelajuan yang berkemampuan memberikan penjimatan bahan api sehingga 6.9 liter setiap 100 kilometer (159 gram/kilometer karbon dioksida).

Antara ciri keselamatan Volkswagen Golf R MK7 ini ialah beg udara berkembar di hadapan, sisi, kaki dan cermin, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Break Anti-Kunci (ABS) dengan pembantu brek, Anti-Slip Regulator (ASR), Elektronic Differential Lock (EDL) dan Engine Drag Torque Control (EDTC).



Bagi penulis Mantuka.com, kereta ini setentunya pilihan tepat bagi pemilik yang ingin keseronokan memandu terutama sukan lumba. Golf R yang dilengkapi dengan bampar yang mendapat rekaan baharu, rim aloy 18 inci (dengan tayar 225/40), penambahan lampu utama depan bi-xenon bersama rekaan baharu lampu siang LED, lampu belakang LED dan sistem ekzos dua saluran dengan corong krom sudah cukup membuat orang ramai terpersona dengan imej kereta itu.

Harga Jangkaan: $6X,XXX keatas.

Sunday, October 5, 2014

Uji Pandu Antarabangsa VW Golf R di Singapura

Memang seronok apabila penulis Mantuka.com diberi peluang untuk menguji kereta Volkswagen Golf R di Jalan raya Singapura, ianya sebagai satu peluang terbesar yang diberikan oleh Volkswagen Singapura. Penulis mensyorkan bahawa pemilik Golf R MK7 ini tidak akan menyesal untuk memilikinya. Pemilik Golf R akan berbangga untuk memiliki sebuah kereta yang berprestij tinggi, apatah lagi memiliki kereta berjenama Volkswagen.

Berbanding dengan model Golf yang lain, Mantuka.com berpendapat bahawa MK7 ini mampu dikawal dengan mudah, apatah lagi sistem kawalan pemanduannya banyak dibantu oleh gajet elektronik terkini yang dipadankan dalam kereta ini. Tambahan lagi, penulis minat memandu kereta yang mempunyai kuasa tinggi, kereta ini adalah pilihan yang sesuai untuk pemilik yang mempunyai perasaan yang sama dengan penulis Mantuka.com sebab kereta ini di inspirasi daripada jentera lumba dan memberikan ledakan adrenalin tulen sebuah kereta.

Jika melihat generasi model Golf R terbaru ini, ianya tidak banyak perbezaan dengan model Golf GTI sebelumnya tetapi MK7 ini menggunakan kejayaan dari MK6 termasuk bentuk badan yang lebih lebar dan sportif, kereta ini juga tidak kurang dengan prestasi pecutannya dijana oleh enjin petrol serba baharu dengan kapasiti 1,984cc turbocaj TSI, 4-silinder dan 16-injap yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 280 kuasa kuda pada 6,200rpm menjadikan sebuah enjin empat silinder yang kuat.

Cuaca sangat baik, sesuai untuk mengerah tenaga kereta ini di jalan raya kawasan Changi yang juga tidak begitu sempit untuk membuat uji pandu tersebut. Janaan kuasa Golf terbaharu ini mampu memberi kepuasan penulis dengan hanya menekan sedikit minyak menyalurkan kuasa kuda yang begitu kuat. Ini kerana MK7 digabungkan dengan transmisi DSG enam kelajuan dan kuasa itu disampaikan ke semua empat tayar melalui sistem pacuan semua roda 4MOTION baharu. Sistem ini menyalurkan kuasa kepada keempat-empat tayar sehingga ke tahap maksima.

Walaupun tidak berpeluang untuk menguji sepenuhnya kuasa dan kemampuan Golf R diatas kesuntukan masa, kami sebagai penulis berasa kagum dengan kuasa yang disalurkan oleh model terbaharu dari Volkswagen ini yang menyalurkan kuasa dengan lebih ketara berbanding yang terdahulu.

Golf R ini mampu memberi pilihan profil tersendiri, ini bermakna sebanyak lima pilihan program boleh dipilih oleh pemandu mengikut keperluan masing-masing. Program 'Dynamic Chassis Control' ini termasuk 'Comfort' bagi pemanduan selesa, ‘Eco’ bagi ekonomi, ‘Normal’ untuk pemanduan biasa, ‘Individual’ bagi pemandu secara profil individu dan yang istimewa ialah ‘Race’ bagi pemanduan adrenalin. Dalam setiap pilihan ini, tekanan penyerap hentak dan tindak balas enjin akan dilaras.

Pilihan ‘Race’ bukan sahaja menukar bunyi enjin dan exhos kereta tersebut bahkan memberi kuasa secara maksimum mengikut enjin yang sudah ditala (tuned) oleh pengeluar Volkswagen. Model Golf R kali ini turut dimuatkan dengan pilihan Mode ‘Launch Control’, jika yang berminat dengan perlumbaan, pilihan Launch Control inilah kunci utama bagi melancarkan kereta tersebut secara agresif.

Volkswagen juga melengkapkan sistem Advanced Electronic Differential Lock (XDS) generasi terbaharu pada Golf R ini. Ia adalah satu sistem yang akan memberikan kuasa brek tertentu terhadap mana-mana tayar bagi memastikan kenderaan boleh memecut laju di selekoh tanpa kehilangan cengkaman.

Keluaran Volkswagen Golf R ala kereta lumba ini sebuah kereta yang berkuasa tinggi dan kita memikirkan bahawa dengan prestasi tinggi penggunaan bahan api pun bertambah, model keluaran generasi ketujuh ini tidak sama seperti model sebelumnya, ianya disifatkan memberikan penjimatan penggunaan bahan api antara 8.5 hingga 7.1 liter bagi setiap 100 kilometer bersamaan dengan 15 peratus penjimatan berbanding model terdahulu.

Penjimatan itu turut dibantu dari peralatan teknologi seperti sistem kunci pintar start/stop dan penjanaan semula kuasa bateri dengan transmisi dual clutch gearbox (DSG) 6-kelajuan yang berkemampuan memberikan penjimatan bahan api sehingga 6.9 liter setiap 100 kilometer (159 gram/kilometer karbon dioksida).

Antara ciri keselamatan Volkswagen Golf R MK7 ini ialah beg udara berkembar di hadapan, sisi, kaki dan cermin, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Break Anti-Kunci (ABS) dengan pembantu brek, Anti-Slip Regulator (ASR), Elektronic Differential Lock (EDL) dan Engine Drag Torque Control (EDTC).

Bagi penulis Mantuka.com, kereta ini setentunya pilihan tepat bagi pemilik yang ingin keseronokan memandu terutama sukan lumba. Golf R yang dilengkapi dengan bampar yang mendapat rekaan baharu, rim aloy 18 inci (dengan tayar 225/40), penambahan lampu utama depan bi-xenon bersama rekaan baharu lampu siang LED, lampu belakang LED dan sistem ekzos dua saluran dengan corong krom sudah cukup membuat orang ramai terpersona dnegan imej kereta itu.


Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Volkswagen Golf R di Singapura.

Thursday, September 25, 2014

Saksikan Pelancaran Barisan Golf TSI Serba Baru


Lebih dari 30 juta model kereta Volkswagen Golf telah dijual sejak bermulanya kereta ini dipasarkan pada Mei 1974 di Eropah. Tujuh generasi kemudian, ianya masih menetapkan kejayaannya dari segi reka bentuk yang segar dan bergaya, elegan, pakej keluasan yang cekap, ekonomikal namun enjin berkuasa, dan pengendalian roda hadapan.

Sangat berkesan dan pada masa yang sama pengunaan bahan api yang rendah: Volkswagen menulis lembaran baru dalam sejarah unit kuasa petrol dengan pengenalan enjin TSI, yang telah meningkatkan minat sejak beberapa tahun lepas.

Maju Motors Sdn Bhd kini menambah Golf 1.2 TSI dalam barisannya. Dengan enjin baru ini, Volkswagen meneruskan pengecilan pintar dan pemindahan TSI teknologi baru yang maju ke hadapan untuk anjakan yang lebih kecil.

Dimensi lain telah ditambah kepada keluarga Golf dengan pelancaran Golf TSI baru. Model baru ini mengambil semua kelebihan Golf yang mantap dan meletakkannya dalam satu pakej kos efektif yang menakjubkan dengan hanya BND $ 29,500.

Kesan bagi gabungan Golf TSI baru yang luar biasa ini dengan prestasi tinggi dan penggunaan bahan api yang sangat rendah adalah Volkswagen serba baru 105 bhp 1.2 liter enjin TSI. Dengan tork maksimum setinggi 175Nm boleh dicapai dari 1,400 hingga 4,000 rpm, ianya menawarkan prestasi tanpa tenaga enjin yang lebih besar, tanpa mana-mana kelemahan.

Golf 1.2 TSI dibantu oleh kecekapan dan perubahan gear yang cepat dari 7-kelajuan transmisi DSG, Golf TSI baru mampu memecut 100 km/j dari terhenti dengan hanya 10.2 saat, namun ia mempunyai gabungan penggunaan bahan api dengan angka yang mengagumkan sebanyak 5.0 L setiap 100 km (20 km/L).

Dengan enjin 1.2 TSI, Volkswagen membundarkan dari pelbagai strategi TSI yang berjaya. TSI baru dan kecil itu membuktikan bahawa falsafah TSI yang juga boleh digunakan dalam segmen jumlah kos sensitif dan merupakan pendekatan yang betul untuk mencapai prestasi yang prestasi, penggunaan dan pelepasan sasaran.

Golf TSI menyertai keluarga Golf di Brunei yang merangkumi Golf 1.4 TSI, Golf GTI dan Golf R baru. Pemandu tempatan kini boleh menikmati sebuah Golf untuk setiap perjalanan, sesuai dengan gaya hidup setiap individu dan keperluan mereka.

Semasa pelancaran hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu ini, 26 dan 27 September 2014, Volkswagen Brunei akan menghidangkan makanan seperti hotdog, kek, nachos dan takoyaki. Coffee Bean & Tea Leaf juga akan menghidangkan minuman rasmi mereka, sudut kanak-kanak dan juga pondok ABC (Ais Batu Campur).

Orang ramai dialu-alukan untuk singgah ke Bilik Pameran Volkswagen di Jalan Telanai untuk memandu uji pandu Golf TSI baru dan menikmati makanan dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Untuk maklumat terkini mengenai aktiviti Volkswagen Brunei dan promosinya, ikuti Volkswagen Brunei di Instagram (@volkswagenbrunei) dan di Facebook (http://www.facebook.com/volkswagenbrunei).

Untuk keterangan lanjut, hubungi Maju Motors Sdn Bhd di 2655111.

Monday, August 18, 2014

Jemputan Uji Pandu Volkswagen di Singapura

Sembilan orang wakil media Brunei telah berlepas ke Singapura minggu lepas yang dibiayai sepenuhnya oleh kerjasama Maju Motors Sdn Bhd dan Kumpulan Volkswagen Singapura bagi merasakan sendiri pengalaman memandu kenderaan Volkswagen terbaru yang akan di lancarkan di Brunei tidak lama lagi.

Media tempatan terdiri daripada wartawan akhbar iaitu Media Permata, Borneo Bulletin, Brunei Times, Sin Chew, United Daily, dan juga blogger media sosial Anakbrunei.org, Geekinwhite.com, Ranoadidas.com dan Mantuka.com telah dijemput oleh Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam.

Setelah mendarat di Lapangan Terbang Changi di Singapura, kami di bawa menuju ke tempat penginapan, Hotel Grand Hyatt untuk bermalam di sana sebelum memulakan aktiviti lain pada keesokkan harinya. Kami di bawa menggunakan kenderaan jenama Volkswagen Passat dan Volkswagen Touran.



Pada hari kedua berada di Singapura, rombongan telah dibawa melawat Bilik Pameran Volkswagen Singapura bagi menghadiri sidang media yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Volkswagen Singapura, Steffen Schwarz, Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Kumpulan Volkswagen Singapura, Colin Yong.

Pengarah Urusan Kumpulan Volkswgen Singapura, Steffen Schwarz, telah menyampaikan tentang perbezaan analisis pembelian kereta Volkswagen di Eropah dan di Asia Tenggara. Beliau berkata bahawa penghantaran Volkswagen ke Asia Tenggara telah meningkat sebanyak 16.8% dari tahun 2013 hingga 2014 berbading dengan peningkatan 5.5% bagi penghantaran ke Eropah dari tahun 2013 hingga 2014. Beliau menambah bahawa statistik pemasaran Volkswagen di Brunei Darussalam telah jauh meningkat selama 3 bulan kebelakangan ini. Ini menunjukkan peningkatan dari segi pembelian, minat dan kepercayaan pembeli terhadap kereta jenama Volkswagen membawa Volkswagen ke arah matlamat yang ditujui.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Kumpulan Volkswagen Singapura, Colin Yong telah menyampaikan mengenai model-model yang akan di uji pandu pada hari itu. Disamping itu juga, kami disiarkan klip video Volkswagen Tiguan terbaru dan Volkswagen Golf R terbaru.

Selepas sidang media berakhir, pihak media memulakan uji pandu dan menyaksikan sendiri kehebatan Volkswagen Tiguan sebelum model ini memasuki pasaran Brunei Darussalam. Disamping itu juga, warga media juga diberi peluang untuk menguji pandu kekuasaan Golf 1.2 TSI, Golf 1.4 TSI, dan Golf R yang boleh mencapai sehingga 280bhp. Tambahan lagi, kami juga telah diperkenalkan tempat-tempat yang indah di Singapura sambil membuat uji pandu tersebut.

Ikuti Mantuka.com untuk berita uji pandu Volkswagen yang lebih lanjut.