Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, August 18, 2014

Jemputan Uji Pandu Volkswagen di Singapura

Sembilan orang wakil media Brunei telah berlepas ke Singapura minggu lepas yang dibiayai sepenuhnya oleh kerjasama Maju Motors Sdn Bhd dan Kumpulan Volkswagen Singapura bagi merasakan sendiri pengalaman memandu kenderaan Volkswagen terbaru yang akan di lancarkan di Brunei tidak lama lagi.

Media tempatan terdiri daripada wartawan akhbar iaitu Media Permata, Borneo Bulletin, Brunei Times, Sin Chew, United Daily, dan juga blogger media sosial Anakbrunei.org, Geekinwhite.com, Ranoadidas.com dan Mantuka.com telah dijemput oleh Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam.

Setelah mendarat di Lapangan Terbang Changi di Singapura, kami di bawa menuju ke tempat penginapan, Hotel Grand Hyatt untuk bermalam di sana sebelum memulakan aktiviti lain pada keesokkan harinya. Kami di bawa menggunakan kenderaan jenama Volkswagen Passat dan Volkswagen Touran.



Pada hari kedua berada di Singapura, rombongan telah dibawa melawat Bilik Pameran Volkswagen Singapura bagi menghadiri sidang media yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Volkswagen Singapura, Steffen Schwarz, Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Kumpulan Volkswagen Singapura, Colin Yong.

Pengarah Urusan Kumpulan Volkswgen Singapura, Steffen Schwarz, telah menyampaikan tentang perbezaan analisis pembelian kereta Volkswagen di Eropah dan di Asia Tenggara. Beliau berkata bahawa penghantaran Volkswagen ke Asia Tenggara telah meningkat sebanyak 16.8% dari tahun 2013 hingga 2014 berbading dengan peningkatan 5.5% bagi penghantaran ke Eropah dari tahun 2013 hingga 2014. Beliau menambah bahawa statistik pemasaran Volkswagen di Brunei Darussalam telah jauh meningkat selama 3 bulan kebelakangan ini. Ini menunjukkan peningkatan dari segi pembelian, minat dan kepercayaan pembeli terhadap kereta jenama Volkswagen membawa Volkswagen ke arah matlamat yang ditujui.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Kumpulan Volkswagen Singapura, Colin Yong telah menyampaikan mengenai model-model yang akan di uji pandu pada hari itu. Disamping itu juga, kami disiarkan klip video Volkswagen Tiguan terbaru dan Volkswagen Golf R terbaru.

Selepas sidang media berakhir, pihak media memulakan uji pandu dan menyaksikan sendiri kehebatan Volkswagen Tiguan sebelum model ini memasuki pasaran Brunei Darussalam. Disamping itu juga, warga media juga diberi peluang untuk menguji pandu kekuasaan Golf 1.2 TSI, Golf 1.4 TSI, dan Golf R yang boleh mencapai sehingga 280bhp. Tambahan lagi, kami juga telah diperkenalkan tempat-tempat yang indah di Singapura sambil membuat uji pandu tersebut.

Ikuti Mantuka.com untuk berita uji pandu Volkswagen yang lebih lanjut.