Showing posts with label BMW X5. Show all posts
Showing posts with label BMW X5. Show all posts

Thursday, January 17, 2019

BMW X5 2019: Saiz, Kuasa dan Teknologi Lebih Menarik


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

BMW Brunei baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penghargaan Media BMW meraikan media-media tempatan dengan hidangan makan malam istimewa dan cabutan bertuah yang berlangsung di Bilik Pameran BMW, QAF Auto Sdn Bhd, Beribi.

Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan penghargaan kepada media-media tempatan yang telah membuat pelbagai liputan acara dan aktiviti yang dijalankan termasuk pengalaman pemanduan BMW oleh BMW Brunei selama ini.


"Tahun ini adalah tahun menarik bagi BMW. Pelbagai model baru akan diperkenalkan ke Negara ini, selain model BMW 3 Series, BMW 8 Series juga akan menjadi tumpuan ramai setelah model terakhir dikeluarkan pada tahun 1993," kata Sivakumar Krishnan.

Di acara itu juga, beliau juga telah menyempurnakan pelancaran BMW X5 xDrive40i serba baru. Model ini merupakan sebuah kenderaan Sports Activitiy Vehicle (SAV) direka dengan lebih bergaya dan mempunyai kemampuan perjalanan di luar jalan dengan prestasi menakjubkan tidak kira diperjalanan kasar dengan karakteristik dinamik BMW.

Jenerasi terbaru ini dihasilkan dengan penuh desain dan teknologi terkini. BMW X5 yang juga dikenali sebagai 'The Boss' mempunyai jarak tayar 42mm panjang dari model sebelumnya, 66mm lebar dan 19mm tinggi menjadikan model X5 lebih berkapasiti besar dan ruang luas bagi pemandu, penumpang dan bagasi mereka.


Semua model datang standard dengan teknologi terkini seperti BMW Live Cockpit Professional, paparan 12.3-inci, head up display yang lebih besar, pemegang cawan yang disejukkan dan dipanaskan, dan lampung ambient dipersekitaran dalaman kereta. Tambahan terbaik juga, ia boleh memuatkan tujuh tempat duduk dengan ruang kaki yang luas.

Apa yang nampak perubahan ketara dari segi luaran adalah dari segi gril depan BMW yang berbentuk buah pinggang. BMW X5 serba baru juga dilengkapi dengan Lampu Utama LED Adaptive yang didatangkan secara standard. Tambahan lagi, fungsi Sky Lounge dari bumbung kaca panorama - adalah sebagai pilihan - memainkan peranan yang sangat istimewa dan eksklusif apabila masuk waktu malam, dengan cahaya LED menyebarkan secara merata di permukaan kaca tersebut untuk menerangi lebih daripada 15,000 corak grafik dan menghasilkan paparan yang mengingatkan bintang dilangit.

X5 jenerasi ketiga kini dimuatkan dengan 3.0 Liter Twin-Scroll Turbocharger dan teknologi petrol injection yang menghasilkan 340 kuasa kuda diantara 5,500 dan 6,500 rpm. BMW X5 xDrive40i mampu mencapai 0 kepada 100 km/J dalam masa 5.5 saat sahaja.

Ini adalah blueprint BMW yang melancarkan kategori SAV hampir 20 tahun yang lalu. BMW X5 adalah SAV pertama sebagai bapa kepada keluarga model BMW X.

Lebih dari 2.2 juta unit BMW X5 jenerasi ketiga telah dijual diseluruh dunia. Ianya juga sebagai ketua pasaran dalam segmen premium all-wheel dan masih memegang sehingga ke hari ini.

BMW X5 serba baru akan lagi dibina di Pelan BMW Spartanburg di South Carolina, Amerika Syarikat. Pusat tersebut akan menjadi pusat pakar model-model BMW X yang juga akan memegang penghasilan BMW X3, BMW X4 dan BMW X6 dan tidak lama lagi BMW X7 juga akan di masukkan kedalam jadual.


Friday, November 21, 2014

15 Tahun BMW model X


BMW baru-baru ini telah menyambut BMW model X yang ke-15 tahun.

Semuanya bermula dengan huruf X. Huruf ini pertama kali digunakan sebagai sebutan model untuk kereta BMW se awal pada pertengahan tahun 1980-an untuk menunjukkan bahawa ia memaparkan teknologi pacuan empat roda. 

Kereta dua simetri ini adalah perumpamaan memandu yang sesuai untuk penghantaran tork kepada keempat-empat roda. 15 tahun yang lalu, huruf X telah menjadi simbol untuk kategori kenderaan yang baru dan pada masa yang sama, merupakan bentuk yang sangat istimewa bagi keseronokan memandu. 

BMW X5 membuat kemunculan sulung sebagai Sport Activity Vehicle (SAV) yang pertama di dunia, tidak lama lagi ianya akan menakluk bukan sahaja jalan tetapi juga di perjalanan luar jalan, sementara menarik kumpulan sasaran tambahan untuk jenama BMW. 

Sekali lagi Jerman pengeluar kereta premium telah menunjukkan rasa luar biasa untuk kenderaan konsep yang inovatif dan berorientasikan masa depan. Pengenalan BMW X5 pada tahun 1999 telah meletakkan babak baru untuk cerita kejayaan unik BMW X model di pasaran automotif di seluruh dunia. 

15 tahun lebih jauh, keluarga lengkap BMW X telah berkembang dari kategori kenderaan baru. BMW X model kini terdiri daripada lima model. Model ini termasuk kedua-dua pacuan empat roda yang berprestasi tinggi kereta model BMW M GmbH, BMW X5 M dan BMW X6 M. BMW X5 kini sudah di generasi ketiga yang meneruskan kejayaannya. 

Generasi kedua Sports Activity Coupe BMW X6 dan BMW X3 kini sedang dihasilkan. BMW X1 menawarkan jaminan keseronokan memandu dari pelbagai aspek dalam segmen kompak. Dan BMW X4, sebuah Aktiviti Sukan Coupe, sekarang juga menggabungkan keunggulan dinamik dengan keanggunan sukan di segmen pertengahan ('mid-range'). 

Setiap satu daripada model ini adalah kenderaan premium yang pertama dalam persekitaran daya saingnya. Dan barisannya akan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. BMW X7, model yang sangat besar dan mewah, masih dalam pembangunan. 

BMW X model yang sangat popular, memberi sumbangan yang menentukan BMW ke arah menjadi salah satu pengeluar yang paling berjaya di dunia kenderaan premium pacuan empat roda, dan terus meningkat secara konsisten. Sehingga hari ini, lebih daripada 3.3 juta BMW X model telah dijual di seluruh dunia. Hampir setiap kenderaan ketiga yang baru berdaftar kini merupakan jenama BMW X model.

BMW X5 membuat permulaan yang menarik dengan pengalaman memandu yang unik dengan model dari jenama ini. Dari awal lagi, kedudukan unik BMW X5 dalam daya saingnya kenderaan off-road adalah hasil daripada pemanduan dinamik yang sukar ditandingi. Berbanding dengan kereta off-road konvensional yang lain, BMW X5 memaparkan shell badan keselamatan sendiri dan suspension bebas. 

Sistem pacuan empat roda diedarkan kuasa tork kepada roda depan dan belakang pada ukuran 38:62 peratus. Terima kasih kepada ciri kawalan standard kestabilan kenderaan yang menampilkan DSC (Dynamic Stability Control), ADB-X (Automatic Differential Brake) dan kawalan turun bukit HDC (Hill Descent Control), BMW X5 dilengkapi bukan sahaja untuk permotoran sukan, tetapi juga untuk cabaran memandu di off-road terrain.

Dari awal, penghantaran kuasa kepada keempat-empat roda telah digunakan oleh BMW bukan semata-mata untuk mengoptimumkan daya tarikan di jalan-jalan yang tidak rata dan dalam keadaan cuaca yang kurang baik, tetapi juga untuk meningkatkan pemanduan dinamik ketika mengambil selekoh. 

Oleh itu, dalam hal model-model terbaru yang dilengkapi dengan kepintaran empat roda iaitu ciri xDrive, dan berbanding dengan pengeluar lain yang menggunakan empat roda terutamanya untuk mengimbangi kerugian yang dialami daya tarikan pada kenderaan pacuan roda depan, BMW secara konsisten berpegang teguh kepada ciri-ciri khas dari konsep pacuan roda belakang. 

Dengan cara ini, walaupun dalam keadaan memandu yang biasa, kuasa tork dipindahkan ke tempat itu secara optimum dan berubah menjadi kenderaan dinamik - roda belakang. Akibatnya, ketepatan kemudi yang menjadi ciri khas dari BMW juga tetap hampir bebas daripada pengaruh drivetrain pada model pacuan empat roda. 

Selain itu, ketika membelok pada kelajuan yang lebih tinggi, tindak balas stereng secara optimum melalui peningkatan yang disasarkan dalam tork dihantar ke roda belakang.

Daya tarikan digabungankan dengan inovatif, dinamik dan keselesaan yang menjadi ciri generasi pertama BMW X5 adalah dalam permintaan yang luar biasa dan teratas di Amerika Syarikat, tetapi juga di Eropah dan pasaran lain. 

Pada pertengahan tahun 2005, 500,000 unit BMW X5 telah dibina, dengan jumlah hampir 620,000 unit Sukan Activity Vehicle sedang dibina di kilang BMW Spartanburg. Hari ini, lokasi pengeluaran di US Federal State of South California adalah pusat kompetensi bagi BMW X model. Generasi model semasa adalah BMW X5, BMW X6 dan BMW X3 serta BMW X4 yang dihasilkan di sana. Selain itu, BMW X5 M dan BMW X6 M "dilahirkan di Amerika Syarikat".


Saturday, October 4, 2014

Uji Pandu BMW X5 xDrive35i

Gambar Courtesy dari BMW Brunei



Info Courtesy dari Qaf Auto (BMW Brunei)

Jenama BMW tidak asing lagi dinegara Brunei Darussalam, sebuah jenama yang terkenal dengan kemewahan, elegan dan keanggunan yang memikat hati.

BMW Asia dan QAF Auto Sdn Bhd baru-baru menambah barisan model terbaru mereka dengan memperkenalkan jenerasi ketiga BMW X5, sebuah kereta yang direka sebagai Kenderaan Aktiviti Sport (Sports Activity Vehicle) SAV direka khas untuk memberi apa jua permintaan. 

Ianya juga menandakan kereta jenis SAV pertama yang berjaya dijual lebih 1.3 juta unit seluruh dunia sejak jenerasi pertama X5 dilancarkan. Dengan adanya kemunculan kereta mewah terbaru ini dipasaran Brunei Darussalam membuka tirai baru dalam versi kereta berprestasi tinggi. 


Gambar Courtesy dari BMW Brunei


BMW X5 terbaru menyediakan tiga jenis model iaitu Kuasa ‘V-8 BMW X5 x Drive50i’ dengan maksimum 450 kuasa kuda, manakala 306 kuasa kuda bagi model enjin enam silinder petrol ‘BMW X5 xdrive35i’ dan enam silinder in-line kuasa diesel ‘BMW X5 xDrive30d’ mempunyai kuasa sehingga 258 kuasa kuda.

Dalam pengenalan pertama ini, penulis telah dijemput khas untuk membuat uji pandu kereta BMW X5 model xDrive35i Pure Excellence sebuah model yang dikatakan kereta premium tertinggi di pasaran Brunei dikalangan model-model X5 lain. 

Sebelum memulakan perjalan Eksekutif Pemasaran QAF Auto Sdn Bhd, Salwa Mustapa menerangkan sedikit sebanyak mengenai fungsi-fungsi yang ada didalam kereta berkenaan. Dalam pengalaman penulis sendiri, dalaman X5 SAV premium ini menawarkan persekitaran mewah dan serba boleh, dalam kabin turut dilengkapi ambien mewah kerana kelengkapan fungsi-fungsi yang ada dan ruang yang begitu luas bagi sebuah BMW.

Menyentuh kemasan dalaman pula, ianya dapat dirasakan dihasilkan menggunakan kombinasi bahan berkualiti tinggi, sekali gus menawarkan kualiti yang tiada tandingan untuk menyerlahkan keanggunan dan ciri-ciri sportif. BMW X5 terbaru ini turut dilengkapi inovasi teknologi termaju daripada BMW Efficient Dynamics dan BMW Connected Drive.

Menghidupkan enjin kereta dengan hanya menekan punat menghidupkan dan mematikan enjin, BMW X5 xDrive35i ini dilengkapi dengan enjin petrol enam silinder sebaris generasi terbaru yang dipertingkatkan. Penulis juga diberitahu bahawa BMW X5 model xDrive35i mempunyai kuasa buas yang mencapai hampir 300 kuasa kuda, tetapi pada waktu yang sama kereta ini menawarkan penggunaan bahan api lebih rendah.

Gambar Courtesy dari BMW Brunei
Semasa dalam perjalanan dari bilik pameran QAF Auto Sdn Bhd menuju ke Kampong Telanai, perjalanan terasa selesa dan pemandangan yang luas disebabkan kereta yang berbadan besar, perjalanan lancar dan membuat lencongan di kawasan Beribi memberi kawalan responsive, dari segi penukaran gear yang tidak terasa perubahannya adalah satu kelebihan bagi X5, selain teknologi transmisi 8 kelajuan yang dilengkapi dengan Steptronic teknologi, X5 juga mempunyai sistem penjimatan minyak yang boleh diaktifkan menerusi mode ECO PRO dengan menekan butang Kawalan Driving Experience sebagai ciri standard. Walaupun menaiki dikawasan bukit yang tinggi memasuki Kampong Telanai, X5 ini tidak sedikit pun terasa kelemahan dari segi enjinnya bahkan menaiki bukit tidak menjadi masalah.

Apa yang menarik perhatian di dalam kereta ini turut didatangkan dengan Sistem Navigasi Profesional iaitu sistem Route-Ahead Assistant bersuara untuk mengenal pasti laluan tepat memberi perjalanan terbaik untuk menuju ke destinasi yang diingini.

Apa yang difahamkan, QAF Auto turut memperkenalkan kelengkapan Suspensi Adaptive Comfort didalam kereta tersebut yang diperkenalkan pada model baharu ini bagi menawarkan kombinasi dinamik pemanduan dan keselesaan terbaik.

Ini termasuk fungsi Dynamic Damper Control dan suspensi belakang pnuematik dengan ciri pelaras automatik untuk keselesaan maksimum.

Gambar Courtesy dari BMW Brunei
Fungsi seperti Anti-dazzle High-Beam Assistant adalah fungsi membolehkan pemanduan pada waktu malam menjadi lebih mudah dan selamat. Sistem ini mengelak dari pancaran cahaya lampu tinggi secara optimum kepada pengguna jalan raya yang lain.

Semasa perjalanan kembali ke bilik pameran QAF Auto Sdn Bhd, penulis sendiri mencuba untuk meletakkan kereta menggunakan teknologi sistem kamera sekeliling (Surround View Camera) juga menjadi satu lagi ciri baharu yang membolehkan pemandu menukar haluan dengan mudah di kawasan-kawasan sempit.

Selain memberi pemandu menukar haluan, fungsi sangat baik ini menawarkan pandangan kawasan sekeliling yang luas dan dipaparkan pada papan kawalan. Sistem ini memberi penulis bantuan untuk membuat perletakan kereta secara mudah tanpa menghiraukan sekeliling.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu BMW X5 xDrive35i.

Gambar Courtesy dari BMW Brunei