Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, December 2, 2019

Pelancaran Suzuki Jimny Vanguard


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta jenama Suzuki di Brunei Darussalam semalam memperkenalkan kit badan baru berkonsepkan Vanguard bagi model Jimny berlangsung di Bilik Pameran Suzuki di Gadong. 

Pelancaran Vanguard secara eksklusif dihadiri oleh Pengurusan Bank dan Institusi Kewangan dan media-media tempatan.


Vanguard yang direka dari negara Jepun khusus untuk Suzuki Jimny, Vanguard baru datang dengan satu tujuan untuk mengetuai dalam maju kehadapan.

Edisi khas Jimny dengan kit badan baru mencerminkan menggambarkan rea bentuk kit yang gagah dan berani terutama di bahagian depan dan belakang bumper termasuk rim Vanguard bergaya 15".

 

Apa yang ketara lagi tambahan fender sisi badan kereta yang dilebarkan membuat Jimny semakin menarik untuk dimiliki.

Tempat duduk tidak berbeza dan masih memegang keselesaan dengan fungsi yang mudah difahamkan.

Suzuki Jimny Vanguard dan Suzuki Vitara baru boleh dilihat dengan lebih dekat di semua Bilik Pameran Suzuki yang terletak di Gadong, Beribi atau Kuala Belait.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi di talian 2453162/2453163 (Beribi), 2421298 (Gadong) atau 3334282 (Kuala Belait).