Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, December 8, 2019

Hari Pelanggan Kia Seltos


Oleh: Mazlina

Bersempena Pelancaran Kia Seltos, Grand Motors Sdn Bhd telah mengadakan Hari Pelanggan Kia Seltos di Bilik Pameran Kia, Beribi, hari ini.

Di hari pelanggan tersebut, Kia menjemput orang ramai untuk mengambil pengalaman menarik dengan menguji pandu model Kia Seltos dan berpeluang menerima tawaran edisi terhad.



Kia Seltos merupakan sebuah model kompak SUV yang baru dengan memperkenalkan dua variasi iaitu Spec Standard dan GT-Line. 


Dengan memiliki bentuk yang moden, Kia Seltos mempunyai tarikannya yang tersendiri seperti mempunyai lampu LED di depan dan belakang, gril krom depan yang menarik dan mempunyai tayar aloi berbentuk potongan kristal premium berukuran  17”.

Pengunjung dan pelanggan Kia yang hadir juga berpeluang menikmati makanan ringan seperti Cha Tra Mue, Murtabak, ABC, Mee Goreng, Grilled Skewers dan Cupcakes.

Bagi mereka yang berminat memiliki Kia Seltos, kunjungi Bilik Pameran Kia, Beribi atau ikuti @kiabrunei untuk maklumat terkini.