Mantuka

Hyundai i30N

Monday, May 27, 2019

20% Potongan Harga Pada Pakej Motor Komprehensif Melalui Pusat Panggilan TBA

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Sebut Harga Motor Takaful, pembaharuan dan pembayaran boleh dilakukan melalui Pusat Panggilan TBA di 2244000. Takaful Brunei Am (TBA) ketika ini menawarkan 20 peratus potongan harga pada pakej lindungan motor komprehensif iaitu Pakej Klasik, Pakej Eksekutif dan Pakej Prestij melalui Pusat Panggilan tersebut. Sijil Takaful awda juga boleh di hantar terus ke rumah atau pejabat awda mengikut permintaan secara percuma.

Bagaimana pakej Komprehensif dan Eksekutif memberi faedah kepada pelanggan-pelanggan TBA?

Pakej Komprehensif memberikan kemudahan dalam pilihan perlindungan yang mana pakej-pakej tersebut direka dengan harga yang lebih baik. Ini bermakna pelanggan boleh mendapat lindungan dengan harga yang lebih baik berbanding secara tradisional mengambil perlindungan berdasarkan asas lindungan tambahan. Pakej-pakej didatangkan dengan kadar tetap. Kenderaan motor dengan sijil Takaful Motor yang sedia ada boleh dinaiktaraf kepada pakej-pakej baru tanpa menunggu tempoh masa pembaharuan.

Lindungan Motor Takaful Komprehensif TBA?

Pakej Komprehensif Eksekutif dan Prestij mempunyai lindungan berganda sehingga 10 tambahan lindungan seperti:
  • Pengambilan Ekses
  • Banjir dan Bencana Khas
  • Cermin Depan atau Tingkap
  • Penggantian Sistem Kunci
  • Dihempap Objek Jatuh
  • Kemalangan Diri bagi Penumpang
  • Liabiliti Undang-Undang Penumpang atas Perlakuan Cuai
  • Liabiliti Undang-Undang Penumpang
  • Perlindungan bagi Aksesori
  • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam

Bilakah waktu operasi Pusat Panggilan TBA semasa bulan Ramadhan?

Semasa bulan Ramadhan, Pusat Panggilan TBA dibuka dari Isnin hingga Khamis dari 8.15 pagi hingga 3 petang dan Jumaat dan Sabtu dari 8.15 hingga 11.30 pagi. Pusat Panggilan TBA ditutup pada hari Ahad dan semasa waktu kelepasan awam.