Mantuka

Saturday, March 23, 2019

BMW 3 Series 2019 Dilancarkan Besar-Besaran


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.


Keluaran sedan sport generasi ketujuh BMW 3 Series serba baharu telah dilancarkan di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club, Jerudong yang dianjurkan oleh BMW Asia dan QAF Auto Sdn Bhd.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Duta Besar Jerman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff. Turut hadir selaku tetamu istimewa ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Muqtadir, Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’Ishah Putri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah.




Juga hadir ke acara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei, Albert Lau dan Pengarah Urusan BMW Group Asia, Christopher Wehner.





Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan  berkata “Kami memulakan tahun ini dengan pelancaran BMW X5 serba baharu pada bulan Januari 2019 dan kini kami teruja melancarkan Sport BMW 3 Series yang baharu malam ini.”





“Pada tahun ini, kami juga akan memperkenalkan lebih banyak model-model baharu seperti BMW 8 Series terbaharu dan BMW X7 yang pertama kali di Brunei Darussalam. Siri BMW 8 pertama kali diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu pada tahun 1990 dan dikuasakan oleh enjin petrol V8,” jelasnya lagi.

Model sedan ini mewakili bukan sahaja bagi kesemua barisan BMW 3 Series yang mana lebih 15 juta unit telah dijual di seluruh dunia tetapi juga sebagai nadi jenama BMW. Model sedan sport dengan pemanduan dinamik, kualiti premium dan inovatif ini dihasilkan di Munich, Jerman sejak 3 Series pertama diperkenalkan pada tahun 1975.





Bahagian depan BMW 3 Series yang juga dikenali sebagai 330i nampak lebih menuju kepada kemodenan dengan lampu depan LED nipis dan teknologi BMW Laserlight. Jeriji berbentuk buah pinggang sebagai simbol mewah BMW masih dikekalkan.


Reka bentuk BMW baru mempamerkan watak moden dan dinamik BMW 3 siri sedan baharu. Model ini adalah 76 mm lebih panjang daripada sebelumnya (di 4,709 mm), 16 mm lebih luas (1,827 mm) dan hanya 1 mm lebih tinggi (1,442 mm). Kereta ini mempunyai jarak roda lebar 41 mm (2,851 mm) dan kelebaran trek ditingkatkan (depan: +43 mm, belakang: 21 mm). Dengan adanya perubahan ini, secara langsung dan positifnya telah memperbaiki ketangkasan dan ketenangan memandu.





Jeriji BMW yang besar dan lampu depan yang mengetuanya adalah tema dominan bahagian depan kereta model BMW. Lampu LED datang sebagai standard, manakala lampu LED dengan ciri-ciri lanjutan dan lampu LED Adaptive dengan BMW Laserlight untuk non-dazzling high beam (dengan jarak sekitar 530 meter) boleh didapati sebagai pilihan.













Ruang dalaman BMW 3 Series cukup luas dengan pusat konsol kawalan yang tinggi dan reka bentuk yang diselaraskan daripada panel instrumen cahaya sehinggalah kepada panel pintu.



Model yang lebih maskular ini didatangkan dengan enjin 2 liter, 4-silinder BMW TwinPower Turbo System yang mampu menghasilkan kekuatan 258 kuasa kuda di antara 5,000 dan 6,500 rpm. Selain itu, ia lebih ringan 55 kilogram berbanding model sebelumnya.

BMW 3 Series Sedan menggunakan pemilihan sistem bantuan inovatif yang ketara untuk mengambil peranan utama di jalan raya untuk memandu secara automatik. Peralatan standard termasuk sistem Lane Departure Warning, ditambah dengan Amaran Pelanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning) dengan fungsi City Braking, versi terkini yang juga memberi amaran kepada pemandu apabila penunggang basikal dikesan.






Pilihan termasuk Kawalan Cruise Aktif (Active Cruise Control) dengan fungsi Stop & Go dan Pembantu Memandu (Driving Assistance) dengan Lane Departure Warning, Pencegahan Perlanggaran Belakang (Rear Collision Prevention) dan Aliran Lalu Lintas Trafik (Cross Trafic Alert).

Juga ditawarkan dalam model ini adalah Pembantu Profesional (Driving Asistant Professional) yang memberikan keselesaan lengkap dan peningkatan keselamatan pemandu dan penumpangnya. Salah satu ciri dari Pembantu Pemandu Profesional ini adalah untuk membantu kawalan pemandu dan kawalan dilorong, yang memastikan keselesaan pemandu dan membantu menjaga kenderaan di jalan lorong sempit. Tambahan lagi, ianya juga mempunyai sistem Lane Keeping Assistant dengan perlindungan perlanggaran disisi yang aktif (Active Side Collision Protection) dan bantuan pengelakan. Head-Up display BMW baru menawarkan permukaan yang lebih besar, grafik baharu dan kandungan paparan yang ditambah baik.




Park Distance Control dan kamera belakang membantu pemandu dengan menggerakkan dan memasuki atau keluar ruang letak kereta. Juga terdapat Pembantu Tempat Letak Kereta (Parking Assistant), yang mengambil alih stereng memandu, pecutan, brek dan perubahan gear dengan penghantaran Steptronic ketika memandu masuk dan keluar dari ruang. Pelbagai fungsinya juga termasuk Reversing Assistant, yang boleh mengundurkan kenderaan untuk jarak sehingga 50 meter dengan mengarahkannya di sepanjang garis yang sama yang telah diambil ketika bergerak ke hadapan.





Sistem operasi BMW baharu 7.0 memainkan peranan utama dalam mengoptimumkan sistem kawalan dan paparan dengan fungsi digital moden yang diciptakan tepat untuk keperluan pemandu. Standard BMW Cockpit pula disesuaikan pada klaster instrumen 12.3 inci digital sepenuhnya dan paparan kawalan pula berukuran 10.25 inci. Untuk operasi intuitif, pemandu boleh memilih kawalan sentuh dan kawalan suara.





Keunikkan BMW 3 Series Sedan baharu ialah Bantuan Peribadi Pintar BMW (BMW Intelligent Personal Assistant), ciri-ciri pintar dan digital yang bertindak balas dengan pantas kepada bunyi suara pemandu apabila menyebut "Hey BMW". Salah satu ciri unik berbanding bantuan digital lain ialah pemandu boleh memberi nama kepadanya. Bantuan ini dapat menerangkan pelbagai fungsi yang berlainan ("Bagaimana High Beam Assistant berfungsi?"), memberikan maklumat status semasa ("Adakah tahap minyak baik?") dan membantu menjawab soalan ("Apa mesej amaran yang saya ada?"). Pembantu Peribadi Pintar BMW ini secara ringkasnya, ideal co-driver dan berguna khususnya semasa memandu setiap hari dengan memberi respon kepada arahan suara semulajadi untuk membantu pemandu dengan pelbagai tugas, seperti meningkatkan produktiviti dan hiburan sepanjang perjalanan.