Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, March 17, 2019

Suzuki Vitara Facelift 2019





Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Boustead Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Suzuki di Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan keluaran model baru Suzuki Vitara versi facelift di Bilik Pameran Suzuki, Beribi.

Keluaran model tersebut menjemput media permotoran untuk menyaksikan lebih dekat perubahan yang ditambah kepada model tersbut. 



Perubahan ini dapat dilihat dari luaran dan dalaman yang menggabungkan peningkatan dari segi visual, teknikal dan spesifikasi. Perubahan ketara adalah rekaan jeriji krom depan, roda aloi 17 inci yang menarik dan dengan lampu belakang LED, skrin sesentuh Android Player 10.1 inci yang boleh menghubungkan telefon pintar melalui Bluetooth atau USB.



Di samping menawarkan pelbagai kemas kini, Vitara baharu ini juga didatangkan dengan dua warna baharu bersama ketersediaan teknologi serba baharu dan peralatan keselamatan yang canggih.

Untuk versi facelift siri keempat ini, Vitara didatangkan dengan tiga varian iaitu GL + 2WD, GLX 2WD dan GLW 4WD dan dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter yang memberi lebih kuasa dan tork, kecekapan bahan yang lebih tinggi dan pelepasan karbon yang lebih rendah.



Untuk bahagian dalaman, panel instrumennya menggabungkan sentuhan lembut untuk kualiti tambahan. Sementara kluster instrumennya pula tampil dengan reka bentuk baharu dengan paparan maklumat pusat berwarna.



Manakala teknologi yang tersedia pada model ini merupakan peralatan standard merangkumi sokongan brek dwi sensor, peringatan pertukaran keluar lorong, pengenalan papan tanda lalu lintas, pengawasan titik buta dan peringatan lalu lintas silang belakang.

Dari aspek keselamatan, Suzuki Vitara baharu ini juga dilengkapi dengan Effective Controlled Technology (TECT) yang merupakan sistem terbaharu Suzuki untuk memberikan keselamatan kepada pemandu.

Orang ramai dialu-alukan datang ke Bilik Pameran Suzuki di Beribi untuk menyaksikan keluaran ini.