Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, August 26, 2017

Jerayawara Kia on Tour di Tutong dari 26-27 Ogos 2017


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

"Kia on Tour" kembali lagi dengan kali ini menampilkan keluaran model-model terbaru jenama Kia yang akan dipamerkan di Hua Ho Petani Mall, Tutong bermula dari 26hb hingga 27hb Ogos 2017.

Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang untuk membuat uji pandu mana-mana model Kia di Hua Ho Petani Mall, Tutong bermula dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

Pengunjung yang membuat uji pandu akan menerima Kia Smartphone Speaker eksklusif daripada Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Kia di Negara Brunei Darussalam.

Kia on Tour 2017 adalah sebahagian daripada projek jerayawara global yang dimulakan oleh Kia Motors Corporation di Korea untuk membolehkan penduduk di rangkaian peniaga meliputi negara-negara di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik untuk melihat dan mencuba sendiri kehebatan kenderaan jenama Kia.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen globalisasi Kia untuk melebihi jangkaan pelanggan melalui inovasi otomotif yang berterusan.

Ikuti Kia Brunei di Facebook dan Instagram untuk berita terkini.