Mantuka

Hyundai i30N

Saturday, September 2, 2017

Citroen C4 Cactus dihasilkan kereta Futuristic










Citroen C4 Cactus dilancarkan baru-baru ini sebagai tambahan barisan model terbaru di dalam varian jenama Citroen secara rasminya dipasarkan ke negara ini.

Citroen C4 Cactus serba baru berkonsepkan kereta Crossover dipasarkan oleh syarikat Grand Motors Sdn Bhd mempunyai kelainan dari model-model Citroen sebelum ini. Cactus yang sangat popular di luar negara mempunyai reka bentuk unik kerana gaya penampilan model ini seolah-olah desain masa depan (futuristic).

Kereta berbentuk menyerupai kapal angkasa tidak hairan bagi model dihasilkan Citroen, dengan tambahan lampu LED, 17” rim aloi ianya sememangnya unik dari kereta-kereta lain.

Selain desain tersendiri, model ini mempunyai ciptaan teknologi terbaru Citroen ‘Airbump’ yang mampu menjaga badan kereta dari kesan hempasan pintu badan kereta terutama semasa membuka pintu kereta yang dilengkapi di bahagian depan dan tepi pintu C4 Cactus. Bahagian dalam model ini dilengkapi dengan sistem, kesemua fungsi beroperasi melalui skrin sentuh ditengah papan pemuka berukuran 7” sebagai kelengkapan standard kereta itu.

Walaupun dimuatkan dengan 1.2L, model ini turut dibantu oleh sistem Turbocharged dengan 6-kelajuan transmisi automatic. Model ini direka sesuai untuk kegunaan perjalanan Bandar, perkampungan, penerokaan atau bekerluarga.

Walaupun Cactus jika dilihat tidak mempunyai banyak fungsi seperti di dalam model lainnya, kereta ini masih menumpukan kepada beberapa fungsi penting untuk keselesaan pemandu dengan prinsip ‘satu butang sentuhan’.  

Apa yang dimaksudkan itu ialah seperti menekan penghawa dingin, menekan sistem audio dan  keadaan kereta boleh beroperasi dengan satu sentuhan sahaja melalui skrin sentuh tersebut

Kereta jenis Compact SUV ini turut direka dengan kerusi kulit ditambah dengan tempat letak tangan ditengah memberi kemewahan didalam kabin. Bercakap mengenai muatan penumpang dari pandangan penulis, tempat duduk belakang boleh dimuatkan dengan dua penumpang iaitu empat penumpang secara keseluruhan mempunyai tempat duduk luas untuk member keselesaan penumpang untuk bergerak.

Walaubagaimanapun dengan secara selesa, pemandu akan merasakan keseronokkan memandu dengan teknologi yang ada didalam kereta itu seperti Sistem Hi-FI, penyambungan Bluetooth untuk telefon, soket USB bagi iphone atau ipod dan stering yang dibelut kulit leather. Perjalanan dikawasan perkampongan mahupun di kawasan Bandar, Citroen Cactus tidak akan mengecewakan perjalanan anda.

Untuk mengetahui kedua-dua model ini, pelanggan boleh mengunjungi Bilik Pameran Citroen di Beribi atau menghubungi 2613888 sambungan 248 untuk menempah uji pandu.