Mantuka

Hyundai i30N

Thursday, July 27, 2017

20 Terpilih ke Cabutan Akhir Program Pelanggan Setia KIA


Sebagai tanda penghargaaan kepada pelanggan setia KIA, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam melancarkan Program Pelanggan Setia KIA 2016 yang bermula sejak 19 Jun hingga dan berakhir 25 Julai lalu.

Dalam program itu, pelanggan BSB dan KB yang membuat penyelenggaraan kereta KIA mereka sebanyak tiga kali secara berterusan di bengkel rasmi KIA dan berbelanja lebih dari B$100 untuk perkhidmatan penyelenggaraan atau pembaikan akan layak menyertai cabutan dibawah Program Pelanggan Setia KIA 2016. 

20 peserta dari 300 pelanggan telah dipilih dalam satu cabutan awal semalam yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan KIA di Lambak Kanan. 



Cabutan tersebut telah disempurnakan oleh Eksekutif Komersial (BMC/4) Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd, Awang Haji Zainie bin Suhaili dan Pengurus Besar Syarikat LUB Enterprise, Hendry Ang.

Cabutan utama akan diadakan pada 28 Julai ini nanti pada jam 10 pagi di Pusat Perkhidmatan KIA, yang mana dua pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi 5 hari pelancongan ke Korea termasuk tiket penerbangan, hotel, tempat penginapan dan destinasi pelancongan di Korea. Nama-nama yang terpilih dalam cabutan itu akan dihubungi melalui nombor yang diberi. 

Selain itu, mereka juga akan turut dibawa untuk membuat lawatan ke Loji Hwaseong dan Loji Besi Hyundai untuk mengambil pengalaman tersendiri layanan Korea semasa berada di Negara tersebut.