Showing posts with label Program Pelanggan Setia Kia. Show all posts
Showing posts with label Program Pelanggan Setia Kia. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

20 Terpilih ke Cabutan Akhir Program Pelanggan Setia KIA


Sebagai tanda penghargaaan kepada pelanggan setia KIA, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam melancarkan Program Pelanggan Setia KIA 2016 yang bermula sejak 19 Jun hingga dan berakhir 25 Julai lalu.

Dalam program itu, pelanggan BSB dan KB yang membuat penyelenggaraan kereta KIA mereka sebanyak tiga kali secara berterusan di bengkel rasmi KIA dan berbelanja lebih dari B$100 untuk perkhidmatan penyelenggaraan atau pembaikan akan layak menyertai cabutan dibawah Program Pelanggan Setia KIA 2016. 

20 peserta dari 300 pelanggan telah dipilih dalam satu cabutan awal semalam yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan KIA di Lambak Kanan. 



Cabutan tersebut telah disempurnakan oleh Eksekutif Komersial (BMC/4) Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd, Awang Haji Zainie bin Suhaili dan Pengurus Besar Syarikat LUB Enterprise, Hendry Ang.

Cabutan utama akan diadakan pada 28 Julai ini nanti pada jam 10 pagi di Pusat Perkhidmatan KIA, yang mana dua pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi 5 hari pelancongan ke Korea termasuk tiket penerbangan, hotel, tempat penginapan dan destinasi pelancongan di Korea. Nama-nama yang terpilih dalam cabutan itu akan dihubungi melalui nombor yang diberi. 

Selain itu, mereka juga akan turut dibawa untuk membuat lawatan ke Loji Hwaseong dan Loji Besi Hyundai untuk mengambil pengalaman tersendiri layanan Korea semasa berada di Negara tersebut.

Monday, August 1, 2016

Cabutan Utama Program Pelanggan Setia Kia 2016

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
 
Setentunya hari terbaik bagi dua pemenang hadiah utama dibawah Program Pelanggan Setia Kia 2016 setelah nama mereka dipilih memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan pulang balik selama lima hari ke Korea.

Sebagai tanda penghargaaan kepada pelanggan setia KIA, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam melancarkan Program Pelanggan Setia KIA 2016 yang bermula sejak 1 Jun dan berakhir 20 Julai lalu yang mana 20 dari 300 pelanggan telah dikumpulkan semalam di Pusat Perkhidmatan Kia di Lambak Kanan.

Setelah ketegangan meningkat, para pelanggan menunggu nama-nama mereka untuk mencuba nasib memenangi hadiah utama ke Korea itu. Dan pada akhirnya Mohd Azrin bin Haji A.Magon dan Hajah Kamsini binti Awang Haji Mohd Hussin selaku dua pemenang dengan senyuman menerima tiket mok dari Pengurus Besar Lub Enterprise Brunei (Pengedar Brunei), Hendry Ang.



“Ini adalah kali pertama saya menyertai cabutan bertuah", kata Mohd Azrin selaku pemenang pertama. “Saya rasa sangat bertuah!" ulas dari petugas dari Kementerian Kewangan yang bertuah itu.

Beliau juga menambah, Kia harus mengadakan lebih banyak promosi seperti ini kerana ianya boleh menarik minat pelanggan.

Pemenang kedua, Hajah Kamsini berkongsi kegembiraan beliau dengan menyampaikan penghargaan kepada Syarikat Grand Motors Sdn Bhd diatas hadiah isitmewa ini.

“Peluang untuk memenangi hadiah memang jarang sekali untuk diperolehi, dan dengan membeli kereta Kia Sportage dua tahun lepas, Alhamdulillah saya memenangi tiket melancong ke Korea."

“Bukan sahaja menerima tiket ke Korea, bahkan tempat penginapan dan mengikuti pengalaman lokasi pelancongan di Korea seperti kampong Korean Folk, Royal Palace dan Insadong”, tambahnya.

Selain itu, mereka juga akan turut dibawa untuk membuat lawatan ke Loji Hwaseong dan Loji Besi Hyundai untuk mengambil pengalaman tersendiri layanan Korea semasa berada di Negara tersebut.