Mantuka

Friday, March 4, 2016

Uji Pandu Peugeot 308: Peugeot 308 memberi kemudahan pemandu



Pengedar tunggal kereta Peugeot, T.C.Y Motors semalam menjemput media-media tempatan dengan memperkenalkan model terbarunya Peugeot 308 hatchback yang lebih elegan dan sportif, di Bilik Pameran TCY Motors, Kiarong.


Selain mengenali fungsi sebenar mengenai kereta yang pernah memenangi Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Eropah 2014 di Pameran Kereta Geneva. Media juga diberi peluang untuk membuat uji pandu khas bagi memahami  pelbagai teknologi canggih ada pada model terkini ini. 

Perjalanan uji pandu Peugeot 308 membawa ke perjalanan melebihi tiga batu bermula dari bilik pameran menuju ke lebuhraya tungku link dan membawa balik ke lokasi awal. Permanduan menggunakan Peugeot 308 amat selesa walaupun pada kelajuan tahap tinggi kereta tersebut mampu memberi kepastian kestabilan dan keselamatan pemandu serta penumpangnya.


Secara umum, 308 dinilai sebagai sebuah kereta gabungan kekeluargaan dan kesukanan, walaupun ianya berbentuk agak kecil tetapi fungsi teknologi terkini dapat memudahkan pemandu untuk menggunakan kereta ini terutama pemandu wanita.


Ruang dalaman hatchback direka dengan i-Cockpit yang menggabungkan empat elemen utama iaitu stereng dengan lapisan kulit, panel papan pemuka yang sedikit tinggi, bahagian pameran meter dan tengah yang cukup bergaya dan skrin sesentuh HD pelbagai fungsi bersaiz 9.7 inci. Selain itu, pemandu wanita juga dapat menggunakan teknologi parking secara automatik yang mana dengan hanya menekan punat dan mengikut arahan yang disediakan di skrin tersebut, 308 akan meletakkan kereta tanpa bantuan pemandu memegang stereng. 


Manakala dari segi kuasanya, ia dimuatkan dengan enjin 1.6L THP 150 empat silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 165 kuasa kuda pada 5,000rpm dan tork setinggi 240Nm pada 1,450rpm, yang berintegrasi dengan kotak gear automatik Tiptronic enam kelajuan.


Peugeot 308 terbaru ini juga digayakan lampu berteknologi LED di depan dan belakang, rim aloi bersaiz 18 inci dan tayar Michelin.


Dari segi keselamatan pula, ia lebih meyakinkan pemandu dengan pek bantuan pemandu yang cukup efektif seperti Kawalan Kelajuan Dinamik, Amaran Perlanggaran kecemasan dan Brek Pelanggaran Kecemasan.