Untuk versi Inggeris, klik di sini.
Adakah sudah tiba masa untuk melakukan servis terhadap kerita anda? Jika anda memiliki kereta Tata atau Geely, jadi pusat servis yang terletak di belakang bilik pamerannya sudah bersedia untuk memenuhi keperluan kereta anda dan berikannya peningkatan.
Walaupun tenaga kerja hanya tiga orang dengan tiga mekanik, pusat Servis Tata dan Geely akan memastikan mana-mana kenderaan yang datang akan dipandu keluar dengan kualiti yang terbaik. Semua kereta akan melalui pemeriksaan bagi memastikan setiap inci kereta di periksa dan setiap masalah diselesaikan.
Terdapat tiga tempat melakukan servis bagi memenuhi keperluan tertentu kereta yang hadir, terdapat General Servis Bay di mana pemeriksaan utama dan servis dilakukan, kemudian terdapat Pre-Delivery Inspection Bay di mana kereta akan diperiksa sekali lagi sebelum diterima oleh pelanggan dan terakhir terdapat Body Repair Bay yang akan memperbaiki kerosakan terhadap kerita.
Dan dengan perkadaran masa 30 ke 45 minit perkhidmatan, pelanggan sama ada boleh meninggalkan kereta mereka di tangan mekanik yang berpengalaman atau menunggu di tempat menunggu yang terletak di depan pusat servis jadi pelanggan boleh memantau kereta mereka dan menikmati minuman panas seperti teh atau kopi sambil menonton cerita TV kesukaan mereka, Astro juga disediakan.
Satu lagi kelebihan yang boleh di perolehi pelanggan Tata dan Geely adalah jika mereka membaiki kereta, mereka akan diberikan kad yang melayakkan mereka bagi 6 servis pertama tanpa dikenakan bayaran perkhidmatan. Juga setiap kereta yang datang sama ada 3 tahun waranti atau 100,000 km.
Dan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan servis terhadap kereta mereka, mereka bolehlah menghubungi talian pusat 2428635 dan boleh meninggalkan cadangan. Jadi jangan tunggu lama untuk memenuhi keperluan kereta anda dan hantar ke Pusat Servis Tata dan Geely yang terletak di Beribi di belakang bilik pamerannya sendiri.