Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, June 5, 2015

Bernd Siffling Dilantik Sebagai Pengurus Besar Baru Volkswagen Brunei


Untuk versi Inggeris, sila klik di sini.

Volkswagen Brunei hari ini telah membuat pengumuman perlantikan baru selaku Pengurus Besar baru Volkswagen di Negara Brunei Darussalam, iaitu Bernd Siffling yang berasal dari Negara Jerman akan melihat kesemua aspek operasi perniagaan Volkswagen di Negara Brunei Darussalam.

Beliau telah membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam industry otomotif secara global. Memulakan kerja pada thaun 1995 di Kenderaan Komersial Mercedes-Benz di Jerman, beliau juga mempunyai pengalaman fungsi jualan di Scandinavia diikuti dengan pelabagai jawatan pengurusan untuk Mercedes-Benz di rantau Asia-Pasifik.

Sebelum memulakan perkhidmatannya di Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Volkswagen di Brunei Darussalam, Bernd Siffling telah mengetuai peralatan logistik untuk kereta buatan Jepun, dan kemudian mengurus rantaian bekalan untuk jenama Korea di Timur Tengah dan rantau Afrika Utara.


Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Key Hong menyatakan bahawa beliau gembira dengan kedatangan Bernd Siffling yang berpengalaman ke Brunei, bagi meningkatkan jenama Volkswagen di Pasaran Brunei.

Bernd Siffling turut berkata, “Saya sudah melihat pembeli kereta di Brunei Darussalam dan mengakui pentingnya memilih yang maju dari segi teknologi, kualiti tinggi dan menumpukan kepada keselamatan.”

“Kami akan memperluaskan lagi barisan produk di masa yang akan datang, bagi memberi layanan kepada pembeli sekaligus memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih tinggi bagi pelanggan yang sedia ada di Brunei Darussalam”.