Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, May 31, 2015

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman Melawat Volkswagen Brunei

Gambar courtesy dari Maju Motors Sdn Bhd, Volkswagen Brunei.
Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Maju Motors Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal kenderaan Vokswagen di Brunei diberi penghormatan dengan lawatan dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe semalam.

Lawatan Duta Besar Jerman ke Volkswagen Brunei adalah untuk membuat perjumpaan bersama Pengurus Besar terbaru, Bernd Siffling yang juga dari Jerman. Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Key Hong juga turut hadir untuk berjumpa selepas perkenalan itu dan mengambil masa untuk membuat lawatan ke Bilik Pameran Volkswagen dan memberi pujian akan teknologi dan kualiti kereta-kereta Volkwagen dan peralatan yang sudah ada di dalam bilik pameran itu.

Menurut Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe beliau berbangga dengan pembangunan Volkswagen di pasaran Brunei dan sangat gembira diatas liputan terbaik Volkswagen dan Maju Motors di dalam surat khabar dan social media.

Tahun lepas, Maju Motors mencapai jualan terbesar yang telah berjaya menjual sebanyak 1,000 buah kereta Volkswagen, Maju Motors sebuah syarikat yang hanya mempunyai 38 ahli kakitangan kepada 80 ahli kakitangan dan 80 peratus daripadanya adalah pekerja tempatan.