Showing posts with label Geely. Show all posts
Showing posts with label Geely. Show all posts

Sunday, May 31, 2015

Juru Teknik Memberi Perkhidmatan Yang Terbaik


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Adakah sudah tiba masa untuk melakukan servis terhadap kerita anda? Jika anda memiliki kereta  Tata atau Geely, jadi pusat servis yang terletak di belakang bilik pamerannya sudah bersedia untuk memenuhi keperluan kereta anda dan berikannya peningkatan.

Walaupun tenaga kerja hanya tiga orang dengan tiga mekanik, pusat Servis Tata dan Geely akan memastikan mana-mana kenderaan yang datang akan dipandu keluar dengan kualiti yang terbaik. Semua kereta akan melalui pemeriksaan bagi memastikan setiap inci kereta di periksa dan setiap masalah diselesaikan.

Terdapat tiga tempat melakukan servis bagi memenuhi keperluan tertentu kereta yang hadir, terdapat General Servis Bay di mana pemeriksaan utama dan servis dilakukan, kemudian terdapat Pre-Delivery Inspection Bay di mana kereta akan diperiksa sekali lagi sebelum diterima oleh pelanggan dan terakhir terdapat Body Repair Bay yang akan memperbaiki kerosakan terhadap kerita.

Dan dengan perkadaran masa 30 ke 45 minit perkhidmatan, pelanggan sama ada boleh meninggalkan kereta mereka di tangan mekanik yang berpengalaman atau menunggu di tempat menunggu yang terletak di depan pusat servis jadi pelanggan boleh memantau kereta mereka dan menikmati minuman panas seperti teh atau kopi sambil menonton cerita TV kesukaan mereka, Astro juga disediakan.

Satu lagi kelebihan yang boleh di perolehi pelanggan Tata dan Geely adalah jika mereka membaiki kereta, mereka akan diberikan kad yang melayakkan mereka bagi 6 servis pertama tanpa dikenakan bayaran perkhidmatan. Juga setiap kereta yang datang sama ada 3 tahun waranti atau 100,000 km.

Dan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan servis terhadap kereta mereka, mereka bolehlah menghubungi talian pusat 2428635 dan boleh meninggalkan cadangan. Jadi jangan tunggu lama untuk memenuhi keperluan kereta anda dan hantar ke Pusat Servis Tata dan Geely yang terletak di Beribi di belakang bilik pamerannya sendiri.

Tuesday, May 12, 2015

Uji Pandu Geely GX 213

Geely GX 213 bukan sekadar sebuah kereta, ianya keluaran jenama Geely yang menumpukan kepada penampilan dan keselamatannya, GX 213 adalah sebuah kereta jenis hatchback yang mempunyai bentuk badan mirip seperti sebuah kereta jenis Sport Utility Vehicle (SUV) tetapi masih dikategori kan sebagai kereta kompak.

Kereta buatan China ini mempunyai kelebihan berbanding dengan model Geely Panda, walaupun penampilan depan hampir sama seperti Panda tetapi ianya lebih luas dan rekaan bergaya direka khas untuk perjalanan jauh dan sesuai bagi perjalanan dikawasan Bandar.

Semasa penulis membuat uji pandu kereta berkenaan membuktikan keselesaan dari segi ruang dalam yang luas, apatah lagi ukuran dimensi GX 213 mempunyai 1530mm ketinggian dan 3815 panjang cukup besar bagi sebuah kereta jenis pengangkutan.


Perjalanan menggunakan jalan baru di Kampung Katok menguji kemampuan kestabilan kereta dan kekuatan enjin GX 213 sistem enjin AOO 1.3 Litre dengan kekuatan tork 110Nm mampu menaiki bukit tinggi dan memotong kereta lain dengan mudah.

Selain prestasi kereta yang mencukupi, GX 213 turut mempunyai pusingan steering kereta yang ringan dari teknologi Hydraulic Booster Steering Gear, apatah lagi gegaran kereta ditahap rendah jika melalui perjalanan tidak stabil, gegaran tidak dirasai kerana  absorber yang dilengkapi menggunakan jenama Macpherson yang dikenali dengan pengawalan kestabilan kereta berkualiti. Jika anda tidak biasa dengan pemanduan menggunakan transmisi manual (GX 213), ianya tidak menjadi masalah kerana Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad turut menyediakan transmisi Automatik (GX 2) bagi kemudahan pelanggannnya.


Selain prestasi yang baik dalam perjalanan, Geely juga memastikan keselamatan kereta tersebut yang mana GX 213 dilengkapi dengan ABS-EBD, bag udara bahagian depan, enam bag udara, pintu kunci dengan central lock dan tali kelidar keselamatan jenis 3 pin. GX 213 juga dianugerahkan lima bintang dalam pemeriksaan uji keselamatan oleh China New Car Assessment Program (C-NCAP).

Pemilik kereta GX213 akan menerima kelengkapan teknologi terkini seperti, USB port, Radio Tuner dengan pemain CD, lampu fog, 4 spok tayar alloy, penghawa dingin kunci kawalan jauh, sistem amaran undur Jika anda menginginkan sebuah kereta unik dengan pelbagai fungsi, ini lah kereta pilihan anda terutama yang ingin berseronok, membeli-belah atau menuju ke sekolah.





Wednesday, April 29, 2015

5 Pemenang Peraduan "Kuiz Panda!"

Norhayati Ismail (kanan) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Peraduan "Kuiz Panda!" yang dianjurkan oleh Syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Mantuka.com telah sampai ke penghujungnya dengan penyampaian hadiah kepada lima pemenang yang telah berjaya menjawab soalan peraduan tersebut.

Pemenang itu ialah Norhayati Ismail, Dayangku Noratriana binti Pengiran Hamzah, Dayang Asisca Faiza, Dayangku Nurul Amanina binti Pengiran Hashim, dan Asrita Laura. Masing-masing menerima hadiah berupa baucer Starbuck.

Dayangku Noratriana (kanan) binti Pengiran Hamzah menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh wakil dari Syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd yang berlangsung petang tadi di Bilik Pameran Worldwide Motors Sdn Bhd, Beribi.

Kuiz Panda! telah berjalan sejak 8hb April dan berakhir pada 22hb April lalu, untuk menjawab soalan mudah dari kereta jenama Geely Panda. Dan hanya lima pemenang bertuah telah diumumkan melalui SMS untuk memenangi baucer berkenaan.

Asisca Faiza (kiri) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd
Untuk menyertai kuiz tersebut, pelanggan dengan hanya perlu mengikuti Mantuka.com di Instagram "Matukabrunei" dan Facebook "Mantuka" dan mengunjungi Bilik Pameran Worldwide Motors Sdn Bhd di kawasan Perindustrian Beribi dan mengisi kuiz yang mudah dijawab. Setelah siap diisi, peserta dikehendaki untuk menghantar kuiz tersebut kepada ahli kakitangan Worldwide Motors.

Tujuan kuiz ini disediakan adalah untuk memperluaskan lagi pengetahuan lagi minat kepada orang ramai mengenai rangkaian francis Geely dan juga memperluaskan desain yang cantik dan pada waktu yang sama mengambil pengalaman merasakan kehebatan Geely Panda.

Dayangku Nurul Amanina binti Pengiran Hashim (kiri) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd

Wakil Asrita Laura (kiri) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd