Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, April 8, 2015

Lebih 200 Pemilik Nissan Dijemput Menonton Wayang ‘Fast & Furious 7’




Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Pemilik Nissan yang terpilih semalam diraikan dengan tajaan bagi menyaksikan wayang Blockbuster ‘Fast & Furious 7’ yang sudah lama ditunggu-tunggu dipamerkan secara global.

Hadir merasmikan tontonan wayang ‘Fast & Furious 7’, Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum wayang mula dimainkan, beliau menyampaikan penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong dan meningkatkan lagi semangat sukan permotoran.


Pemberian dari Syarikat Boustead Sdn Bhd adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan diatas sokongan terhadap Nissan. Melalaui acara ini, ianya akan membina hubungan erat diantara Boustead Sdn bhd dan para pelanggannya seperti sebuah keluarga.

Pelbagai jenis kereta exotic jenama Nissan berkumpul di Hotel Empire & Country Club sepanjang malam dan lebih 200 pelanggan menghadiri majlis menyaksikan wayang tersebut hanya untuk mereka. Mereka juga diberikan baju-T Fast & Furious dengan slogan “In Memory with Paul Walker”.

Nissan juga turut mempamerkan tujuh buah kereta Nissan yang dipilij bagi peminat kereta untuk melihat lebih dekat kereta-kereta diminati dan berprestasi tinggi pada malam itu.