Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, April 8, 2015

Sertai Quiz Geely Panda!

Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad dengan kerjasama Mantuka.com sedang menjalankan pertandingan yang terbuka kepada orang ramai yang tinggal di Brunei sahaja. Peraduan ini akan menampilkan orang ramai untuk meneka jawapan dari beberapa soalan yang bersangkut paut dengan Geely Panda.

Peserta dikehendaki untuk mengikuti Mantuka di Facebook atau MantukaBrunei di Instagram. Di samping itu juga, borang quiz boleh didapati di Bilik Pameran Geely Motors di Worldwide Motors Sdn Bhd yang terletak di Beribi, Gadong. Antara soalan-soalan yang disediakan, peserta harus mencari salah satu jawapan yang hanya boleh didapati di dalam kereta Geely Panda yang di pamerkan di Bilik Pameran Geely.

Hanya lima (5) orang pemenang yang bertuah akan dapat memenangi hadiah berupa baucar Starbucks. Pemenang akan diumumkan melalui SMS. Peraduan ini dijalankan dari 8hb April hingga 22hb April 2015 tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran Geely di Beribi, Gadong atau hubungi 2453681 atau 2427052.