Mantuka

Wednesday, April 29, 2015

5 Pemenang Peraduan "Kuiz Panda!"

Norhayati Ismail (kanan) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Peraduan "Kuiz Panda!" yang dianjurkan oleh Syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Mantuka.com telah sampai ke penghujungnya dengan penyampaian hadiah kepada lima pemenang yang telah berjaya menjawab soalan peraduan tersebut.

Pemenang itu ialah Norhayati Ismail, Dayangku Noratriana binti Pengiran Hamzah, Dayang Asisca Faiza, Dayangku Nurul Amanina binti Pengiran Hashim, dan Asrita Laura. Masing-masing menerima hadiah berupa baucer Starbuck.

Dayangku Noratriana (kanan) binti Pengiran Hamzah menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh wakil dari Syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd yang berlangsung petang tadi di Bilik Pameran Worldwide Motors Sdn Bhd, Beribi.

Kuiz Panda! telah berjalan sejak 8hb April dan berakhir pada 22hb April lalu, untuk menjawab soalan mudah dari kereta jenama Geely Panda. Dan hanya lima pemenang bertuah telah diumumkan melalui SMS untuk memenangi baucer berkenaan.

Asisca Faiza (kiri) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd
Untuk menyertai kuiz tersebut, pelanggan dengan hanya perlu mengikuti Mantuka.com di Instagram "Matukabrunei" dan Facebook "Mantuka" dan mengunjungi Bilik Pameran Worldwide Motors Sdn Bhd di kawasan Perindustrian Beribi dan mengisi kuiz yang mudah dijawab. Setelah siap diisi, peserta dikehendaki untuk menghantar kuiz tersebut kepada ahli kakitangan Worldwide Motors.

Tujuan kuiz ini disediakan adalah untuk memperluaskan lagi pengetahuan lagi minat kepada orang ramai mengenai rangkaian francis Geely dan juga memperluaskan desain yang cantik dan pada waktu yang sama mengambil pengalaman merasakan kehebatan Geely Panda.

Dayangku Nurul Amanina binti Pengiran Hashim (kiri) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd

Wakil Asrita Laura (kiri) menerima baucer dari wakil dari syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd