Seramai 80 pelanggan dari 160 penyertaan
yang telah membeli kereta Mazda dari 02 Jun hingga 31 Ogos dan telah terpilih untuk memasuki cabutan utama ‘Mazda
Eid Mubarak’ bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiltifri 2014.
Cabutan awal promosi untuk memilih 80
pelanggan yang memasuki cabutan utama telah dilaksanakan cabutannya
oleh wakil-wakil dari Baiduri Bank dan BIBD At-Tamwil beserta wakil-wakil dari Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad.
Turut menyaksikan cabutan itu Pengarah
Urusan Syarikat Grand Motors, Frankie Ho dan Pengarah Eksekutif Grand Motors,
Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad.
Cabutan utama Mazda Eid Mubarak akan
diadakan pada 12 September ini di bilik Pameran Mazda bermula pada jam 9.30
pagi menyaksikan 80 pelanggan yang terpilih berpeluang untuk memenangi hadiah
wang tunai bernilai B$10,000.
Selain itu, peserta juga akan memenangi
hadiah-hadiah istimewa termasuk hadiah wang tunai bernilai B$5,000 bagi
pemenang kedua dan B$3,000 bagi pemenang ketiga.
Pada acara itu nanti, peserta yang terpilih
dalam cabutan utama itu nanti, dimestikan membawa kad pengenalan masing-masing.
Jika peserta tidak hadir pada hari tersebut, para peserta mesti membawa surat
pengesahan perwakilan bersama dengan salinan kad pengenalan kepada wakil
peserta itu.