Happy Motoring Senderian Berhad baru-baru ini memperkenalkan Honda City Generasi ke 4 yang semakin menyerlah pada Majlis Sidang Media, di bilik pameran Honda, Gadong.
Honda City Generasi ke 4 ini merupakan penanda asas baharu di dalam kelasnya dari segi kualiti dan sedan mampu miliki. Honda City pertama kali dilancarkan di Negara Brunei Darussalam pada 1996 dan merupakan sedan terlaris Honda.
Berbandingkan dengan model generasi yang lama, model ini mempunyai reka bentuk yang lebih sportif, lebih selesa, ruang yang luas, serta keupayaan memandu yang lebih mantap.
Ianya dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC dan mampu menghasilkan kuasa 120 PS/6600 rpm dan tork setinggi 145 Nm/4800 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi CVT berserta ‘Shifting Control of Cornering Gravity’ dan ‘G Design Shift’. Dari segi jumlah kuasa, terdapat sedikit pengurangan tetapi jumlah tork pula bertambah.
Manakala bagi Honda City V pula dilengkapi dengan rim 15 inci, mod ECON, 'cruise control' dan banyak lagi.
Honda City baru direka lebih panjang, lebar dan tinggi berbanding dengan model sebelumnya. Ruang kaki yang lebih luas,
dengan penambahan jarak roda ditingkatkan dari 50mm kepada 2,600.
Berhubung ciri keselamatan, Honda Brunei memandangnya sebagai perkara serius dan memasang teknologi seperti beg udara, bantuan kestabilan kenderaan, Hill Start Assist, Emergency Stop Signal (ESS), pengukuh kerusi kanak-kanak, dan sebagainya.
Gambar Courtesy oleh Yusrin Junaidi
Gambar Courtesy oleh Yusrin Junaidi