Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, May 11, 2014

Pemandu Perlu Fahami SiKAP

Berita courtesy oleh Yusrin Junaidi, Media Permata

Setiap pemandu di negara ini wajib tahu tentang Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP) kerana ia berhubung kait dengan mata (point) demerit yang dikenakan ke atas setiap kesalahan pemandu yang melakukan sebarang kesalahan yang boleh membawa kepada penggantungan lesen memandu atau lesen dibatalkan.

Perkara tersebut disentuh dalam taklimat mengenai pelaksanaan SiKAP yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Dr Supry bin Hj Awang di Majlis Taklimat bagi Pemandu-Pemandu Agensi Kerajaan, bertempat di Bangunan Kementerian Perhubungan hari ini.

Kiri-kira 50 pemandu bagi kenderaan agensi kerajaan mendengarkan taklimat berkenaan, yang turut menyentuh latar belakang Sistem Mata Demerit yang mula diperkenalkan di negara ini melalui program rintis bermula Mei 2012 hingga Jun 2013 dan seterusnya penukaran nama SMD kepada SiKAP yang diumumkan pada 10 September yang lalu. Menurut Dr Supry, SiKAP telah bermula berkuat kuasa 1 Oktober 2013 dan sistem ini menyasarkan kepada pemandu-pemandu kenderaan yang dalam percubaan selain mereka yang berkebulehan dan pemandu-pemandu luar negara yang memandu di negara ini.

Mata demerit akan diberikan kepada pemandu yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan terjadual di bawah Peraturan-peraturan Lalu Lintas Jalan Raya (demerit), 2013.

Matlamat SiKAP, terangnya adalah untuk mewujudkan persekitaran pemanduan di jalan raya yang lebih selamat bagi semua pengguna jalan raya di samping membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sementara objektif SiKAP pula adalah untuk meningkatkan kesedaran pemandu terhadap undang-undang dan peraturan jalan raya selain mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab serta bertimbang rasa di jalan raya dan mengenal pasti pemandu-pemandu yang berisiko tinggi yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Menurut Dr Haji Sufri, pemandu-pemandu kerajaan tidak terkecuali apabila melanggar undang-undang di jalan raya akan tetapi sesetengah pemandu-pemandu yang membawa VIP diberikan sedikit kelonggaran dengan syarat memasang lampu kecemasan.

Usaha taklimat kepada pemandu-pemandu kerajaan, atau swasta akan diteruskan bagi Angkatan Tentera DiRaja Brunei, Pasukan Polis DiRaja Brunei, pemandu pengankutan awam dan seterusnya.