Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, April 5, 2014

Worldwide Motor memperkenalkan HINO 700 Series

Kenderaan komersial adalah sebagai kunci utama dalam industri otomotif dan ianya mengambil peranan penting dalam pembangunan ekonomi. HINO sebagai jenama global sudah berakar sekian lama di Malaysia dan Indonesia sejak 35 tahun lalu dan kini menjadi salah satu jenama dipercayai di Negara ini.

HINO selaku pengeluar kenderaan berat menawarkan produk yang menumpukan kepada jumlah kos pemilikan yang menarik dengan penggunaan masa yang panjang, penambahan dari segi muatan, kenderaan yang lebih selesa, kos operasi rendah dan penyelenggaraan tahap minimum.

Syarikat Worldwide Motors selaku pengedar jenama HINO di Brunei Darussalam memperkenalkan model terbaru dari HINO iaitu sebuah trak ‘700 Series SHIEERG Prime Mover’ yang mempunyai 4X2 kenderaan tugas berat dibuat dari Jepun.


Antara peningkatan yang ditambah dalam model 700 Series ini ialah berat chassis kasar yang mampu membawa barangan seberat 55,000 kilogram. Kenderaan berat ini boleh digunakan untuk penghantaran bekas (container), otomobil dan juga kargo besar.

Trak ini juga dilengkapi dengan all-Wheel ABS dan bag keselematan sebagai kunci utama dalam keselamatan kereta tersebut. Dengan kekuatan enjin pada tahap 12,913 cc ianya juga dilengkapi dengan Turbo-Charged Intercooler mampu memberi kuasa sehingga 420 kuasa kuda (hp).

Untuk keterangan lanjut mengenai barisan model HINO, orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran Worldwide Motor Sendirian Berhad, Beribi atau menghubungi 2453682.