Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, March 31, 2014

Kereta jenama KIA menjadi tarikan umum



























Bersempena dengan jerayawara Piala Dunia FIFA 2014, Syarikat Grand Motors selaku pengedar tunggal Kia Motors hari ini memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat uji pandu kereta-kereta Kia Kompleks Sukan Berakas.

Dalam, uji Pandu itu, lebih 100 pengunjung telah mengikuti uji pandu tersebut yang merangkumi beberapa kereta-kereta ternama Kia seperti Kia, Optima, Kia Cerato, Kia Sportage, Kia Caren dan Kia Cerato.


Uji pandu Kia yang bermula dari 8 pagi hingga 12 tengahari merentasi dari kawasan Kompleks Sukan Berakas menuju ke roundabout berhampiran Hotel Orchid Garden dan menuju balik ke Kompleks. Dalam perjalanan itu, pelanggan dapat merasakan kehebatan kereta-kereta Kia yang mempunyai kaedah tersendiri tambahan dengan bentuk badan yang sportif dan bergaya.



Pelanggan-pelanggan yang menyertai uji pandu itu diberi Baju-T KIA-FIFA rasmi secara percuma. Disamping itu, mereka juga berpeluang untuk diberikan tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung di Brazil dan hadiah istimewa lainnya seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Samsung Galaxy Camera and Samsung Galaxy Tab 3. 



Promosi tidak berakhir disini, pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 1hb Mac hingga 31hb mei itu akan turut berpeluang memenangi hadiah yang sama. 

Kia juga akan jerayawara pameran dari bulan Mac hingga Mei ini nanti. Peminat Kia boleh menyaksikan kereta-kereta Kia kegemaran mereka dan juga memenangi cenderamata eksklusif FIFA-KIA.