Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, October 22, 2012

Kereta Idaman Lexus GS 250, 350, 350 F Sport dilancarkan baru-baru ini





Courtesy of Sim Y H

Pertemuan dengan satu pengalaman memandu yang di luar impian dan selesa, itulah komen yang diberikan oleh mereka yang telah memiliki kenderaan mewah terbaru yang dilancarkan oleh Toyota Lexus, barisan kenderaan Siri Lexus GS.


NBT (Brunei) Sdn Bhd, melancarkan barisan kenderaan, Siri Lexus GS yang terbaru dalam majlis yang diadakan di Hotel Empire and Country Club, hari ini, di mana lebih 200 tetamu khas NBT berpeluang untuk menyaksikan barisan tiga kereta mewah terbaru Lexus di perkenalkan kepada pasaran Brunei iaitu, GS 250, GS 350 Luxury dan GS 350 F Sport.
 
Setiap kereta dalam siri kenderaan Lexus, sering membawa inovasi dan ciri-ciri memandu yang tersendirinya dan Siri Lexus GS terbaru juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan inovasinya tersendiri dengan memperkenalkan ciri-ciri keselamatan terbaru dari segi reka bentuk yang lebih dinamik serta membantu meningkatkan kawalan semasa memandu, penggunaan lampu LED yang canggih dan rekaan dalaman kereta yang bukan sahaja tampak moden tetapi juga lebih menawan.

Satu ciri terbaru dan yang pertama bagi kenderaan Lexus adalah penggunaan sistem kawalan tempat duduk yang boleh disesuaikan sehingga ke jenis 18 posisi untuk memenuhi keperluan pemanduan yang selesa.
Satu lagi ciri yang menarik bagi kenderaan, siri GS Lexus adalah ruang butnya yang terluas  berbanding dengan kereta-kereta mewah di dalam kelas yang sama di mana ruang itu mampu untuk memuatkan sebanyak 4 beg termasuk 3 beg set Golf.

Di samping itu juga, kenderaan siri Lexus GS mendapat kuasa pemanduan yang lebih berkuasa menerusi nadi kereta berkenaan iaitu enjin 6 silinder jenis V, 24-valve DOHC dengan Dual VVT-i.
Oleh itu, pihak pengurusan NBT mengalu-alukan orang ramai khususnya mereka yang berminat untuk menyaksikan ciri-ciri menarik kenderaan terbaru dalam keluarga kenderaan Lexus untuk berkunjung ke ruang pameran Lexus terdekat mereka.