Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, October 22, 2012

Cherry Mengeluarkan kereta terbarunya Q22 Mini Van





Courtesy of Sim Y H

Mempertarungkan rekaan moden dengan konsep generasi baru, mini van pelbagai kegunaan, Chery Q22 merupakan barisan mini van terbaru keluaran Chery yang akan menemui penggemar kereta di pasaran Brunei.

Dalam pratonton media bagi Chery Q22, T.C.Y. Motors memperkenalkan kenderaan terbaru keluaran Chery yang bukan sahaja mempunyai rekaan yang menarik tetapi mempunyai ruangan tempat duduk penumpang yang luas serta kerusi yang boleh dilipat untuk memberi ruang bagi mengangkat barang.

Chery, Q22 selain memberikan pengalaman memandu yang selesa juga dilengkapi dengan ciri-ciri terkini termasuk pintu sliding di kedua-dua belah kerata, sistem power window, pemain cekera padat, central locking sistem dan sistem hawa dingin depan dan belakang.

Chery Q22 mempunyai sebagai nadi penggerak model teknologi enjin dari Eropah, ACTECO yang bukan sahaja memberikan kuasa kepada kereta berkenaan tetapi dengan teknologi terkini itu juga memberikan penjimatan dengan mengurangkan penggunaan minyak tetapi pada masa yang sama memberikan prestasi dan pengalaman pemanduan dinamik.


Di samping dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan, Chery Q22 juga boleh dijadikan sebagai van 7 tempat duduk atau 5 tempat duduk, di mana ciri menarik itu memberikannya kelebihan sebagai sebuah kenderaan penggerak di kota yang menarik.



Pengedar kenderaan Chery unggul di pasaran Brunei, T.C.Y. Motors akan melancarkan secara rasmi kenderaan Chery terbaru itu, Q22, pada 2 November nanti di Dewan Pameran T.C.Y. Motors di Kiarong Sentral.



Sehubungan itu pihak T.C.Y. Motors, mengalu-alukan orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat model Chery terbaru, Q22 ke dewan pamerannya itu nanti. Pada waktu yang sama, T.C.Y. Motors juga mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan model terbaru Chery, A13 ke pasaran Brunei dalam masa yang terdekat nanti.