Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, June 16, 2012

Nissan Murano kereta Popular SUV di Brunei


Nissan melancarkan kereta evolusi terbaru jenama Nissan ‘Murano’ yang ditunggu-tunggu di negara ini, Murano direka bentuk  jenis SUV yang Moden dan sportif yang ditumpu bagi pengguna mempunyai minat dalam perjalanan jauh.

Murano terbaru yang telah dilancarkan baru-baru ini, disediakan dengan 5 speed semi auto transmisi Xtronic dimuatkan dengan enjin jenis 3.5 liter V6 enjin dengan teknologi bunyi enjin yang lembut tetapi menghantar kuasa torque sehingga mencapai keseluruh kekuatan enjin, ianya boleh mencapai kelajuan sehingga 260 HP kuasa kuda.


Para pemandu juga akan merasa keselesaan dimana kereta tersebut mempunyai interior yang luas boleh dimuatkan dengan 5 penumpang termasuk pemandu. Kelebihan lain termasuk penyimpan tiket-tiket, penyimpan kaca mata, kabin berlampu, pengawal suis pelbagai fungsi dan 12 biji speaker berjenama di muatkan dalam badan kereta berkenaan.


Kereta Murano mementingkan keselamatan pemandu dimana Murano dianugerahkan “Top Safety Murano” dari Institut Insuran dinilai kereta terbaik dalam penilaian pelanggaran. Kereta ini juga dimuatkan dengan sistem SRS air bag dan teknologi tali pinggang keledar.