Showing posts with label Manza. Show all posts
Showing posts with label Manza. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Media Tempatan Membuat Uji Pandu Barisan Kereta TATA

Bersempena dengan pelancaran kereta Tata baru-baru ini, Media tempatan telah diberi peluang untuk membuat uji pandu beberapa barisan kereta Tata yang terdiri daripada Aria, Vista dan Manza yang berlangsung di Bilik Pameran Worldwide Motots Sendirian Berhad semalam.

Tata Vista Safire GVX 1.4L adalah hatchback bergaya teliti direka untuk keluarga yang lebih suka kenderaan yang luas. Dikuasakan by oleh enjin petrol Safire yang diiktiraf antarabangsa, Vista adalah kereta ekonomi dari segi penggunaan bahan api, dipercayai dan menyeronokkan apabila dipandu. Ia adalah gabungan reka bentuk moden yang sempurna, tempat duduk yang selesa dan suspension yang direka khusus untuk permukaan jalan tidak rata.

Tata Manza adalah sedan moden dengan gaya berani. Banyak penyelidikan telah dilakukan untuk memastikan tempat duduk yang sempurna dan memberi keselesaan yang tiada bandingan. Laras ketinggian tempat duduk pemandu dengan sokongan lumbar dan kecondongan laras kuasa stereng memastikan pengalaman memandu yang lebih baik. Pintu yang dipastikan dengan kekukuhan daripada pencerobohan, reka bentuk kokpit yang unggul diuji daripada kemalangan, ABS dan beg udara berkembar depan menawarkan perlindungan yang mencukupi. Dikuasakan by oleh enjin petrol Safire yang diiktiraf antarabangsa, Manza boleh dipercayai, menyeronokkan apabila dipandu dan mempunyai penjimatan bahan api.

Tata Aria merupakan sebahagian MPV dan juga sebahagian SUV, dan ianya datang sepenuhnya dimuatkan dengan ciri-ciri luar biasa yang mampu dipandu diberbagai kawasan samaada bandar atau jalan tidak rata. Aria menggabungkan yang terbaik daripada kehalusan, agresif seperti sebuah SUV dan keluasan yang praktikal seperti sebuah MPV. Lampu depan menerangi jalanan yang paling gelap - sesuai apabila anda berada di tengah-tengah sesuatu tempat yang gelap dan jeriji krom yang luas merupakan tanda Tata, menambah kedudukan kehadiran Aria pada jalan.

Kunjungi bilik pameran Worldwide Motors Sendirian Berhad untuk membuat uji pandu mana-mana kereta Tata atau hubungi 2453681, 2427052 or 2428293 untuk membuat tempahan uji pandu.

Saturday, September 13, 2014

TATA Kembali Ke Pasaran Brunei Darussalam

Info dan gambar courtesy daripada Media Permata:

Syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd telah meletak sejarah baru dengan melancarkan empat buah model jenama TATA hari ini.

Dengan pelancaran ini, sudah pasti jenama TATA akan kembali ke pasaran Brunei Darussalam dengan keluaran model-model terbaru mengikut kelengkapan teknologi terkini.

Pelancaran itu akan menjemput Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Dr. Ashok Kumar Amrohi untuk meramsikan pelancaran model-model keluaran TATA yang akan diadakan di bilik Pameran Worldwide Sdn Bhd, Beribi.

Menurut Pengarah Urusan Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin semasa ditemubual, TATA Motors Limited adalah syarikat otomobil terbesar di India, disamping itu TATA juga telah memiliki kenderaan jenama Jaguar dan juga jenama Land Rover sejak tahun 2008.

“Syarikat gergasi itu mempunyai reputasi yang tinggi dan kukuh dengan pendapatan USD 34.7 bilion dalam tahun 2012 hingga 2013. TATA juga merupakan ketua dalam kereta komersial dalam setiap segmen diantara produk jenis kompak, midsize dan kereta jenis utility”, katanya.

Dengan perlantikan rasmi Worldwide Motors dibawah Syarikat Goh Hock Kee Motors sebagai pengedar rasmi TATA pada 26hb September 2013, Syarikat tersebut akan membawa empat buah model terbaru iaitu Manza, Aria, Vista dan Indica.

Menurut Pengarah Worldwide Motors Sdn Bhd, Wafi Akramin Mohammad, statistik Persatuan Perdagangan Otomobil Brunei (BATA) menunjukkan bahawa kereta penumpang dalam segment kecil dan kompak 2000cc kebawah merupakan kereta yang sangat popular di Brunei sejak tahun sebelumnya.

“Saya yakin bahawa dengan harga murah dan berkualiti tinggi akan membawa pelanggan untuk membeli kereta-kereta TATA, ini lah kereta yang menjadi tumpuan orang ramai dan TATA mula berada di Negara Brunei Darussalam sebagai memasarkan kereta-kereta yang lebih baik," tambah beliau lagi.

Jenama TATA terkenal dengan dua buah model lamanya iaitu 'TATA Estate' yang diperkenalkan pada tahun 1992 dan 'TATA Sumo' pada tahun 1994. Sejak jenama tersebut tidak lagi dipasarkan, ianya menjadi satu persoalan kenapa menghilang begitu sahaja. Tetapi sekarang jenama tersebut kembali kenegara ini diambil alih oleh Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad yang menjanjikan keluaran model TATA yang lebih baik dan mengikut tren kenderaan masa kini.


Thursday, May 15, 2014

TATA Kembali ke Pasaran Brunei

Adakah anda ingat jenama kereta TATA? Pihak Mantuka bersama rakan Media lain telah dijemput ke Worldwide Motors Sdn Bhd untuk diberi kejutan bahawa TATA akan kembali ke pasaran Brunei Darussalam dengan keluaran model-model terbaru teknologi terkini.

Worldwide Motors Sdn Bhd telah dilantik menjadi pengedar rasmi kenderaan-kenderaan jenama TATA di Brunei Darussalam yang bermula dari 26hb September 2013.

Jenama TATA terkenal dengan dua buah model lamanya iaitu 'TATA Estate' yang diperkenalkan pada tahun 1992 dan 'TATA Sumo' pada tahun 1994. Sejak jenama tersebut tidak lagi dipasarkan, ianya menjadi satu persoalan kenapa menghilang begitu sahaja. Tetapi sekarang jenama tersebut kembali kenegara ini diambil alih oleh Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad yang menjanjikan keluaran model TATA yang lebih baik dan berteknologi tinggi.

Menurut Pengarah Worldwide Motor Sdn Bhd, Wafi Akramin Mohammad, “Tata Motors Limited adalah syarikat otomobil terbesar di India, dengan pendapatan USD 34.7 bilion dalam tahun 2012 hingga 2013. Tata merupakan ketua dalam kereta komersial dalam setiap segment diantara produk jenis kompak, midsize dan kereta jenis utiliti.”

Dengan perlantikan rasmi ini, syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad akan membawa tiga buah model terbaru TATA iaitu Manza, Vista dan Indica dimasa yang akan datang. Beliau juga yakin bahawa dengan harga murah akan membawa pelanggan untuk membeli kereta-kereta TATA.

Menurut statistik Persatuan Perdagangan Otomobil Brunei (BATA), ianya menunjukkan bahawa kereta penumpang dalam segment kecil dan kompak 2000cc kebawah merupakan kereta yang sangat popular di Brunei sejak tahun sebelumnya.

“Ini lah kereta yang menjadi tumpuan orang ramai dan TATA akan dilancarkan di Negara Brunei Darussalam beberapa bulan yang akan datang," tambah beliau lagi.

Pelanggan yang masih mencari kereta yang mampu untuk dimiliki boleh menunggu kedatangan kenderaan Tata di negara ini nanti.