Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, September 13, 2014

TATA Kembali Ke Pasaran Brunei Darussalam

Info dan gambar courtesy daripada Media Permata:

Syarikat Worldwide Motors Sdn Bhd telah meletak sejarah baru dengan melancarkan empat buah model jenama TATA hari ini.

Dengan pelancaran ini, sudah pasti jenama TATA akan kembali ke pasaran Brunei Darussalam dengan keluaran model-model terbaru mengikut kelengkapan teknologi terkini.

Pelancaran itu akan menjemput Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Dr. Ashok Kumar Amrohi untuk meramsikan pelancaran model-model keluaran TATA yang akan diadakan di bilik Pameran Worldwide Sdn Bhd, Beribi.

Menurut Pengarah Urusan Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin semasa ditemubual, TATA Motors Limited adalah syarikat otomobil terbesar di India, disamping itu TATA juga telah memiliki kenderaan jenama Jaguar dan juga jenama Land Rover sejak tahun 2008.

“Syarikat gergasi itu mempunyai reputasi yang tinggi dan kukuh dengan pendapatan USD 34.7 bilion dalam tahun 2012 hingga 2013. TATA juga merupakan ketua dalam kereta komersial dalam setiap segmen diantara produk jenis kompak, midsize dan kereta jenis utility”, katanya.

Dengan perlantikan rasmi Worldwide Motors dibawah Syarikat Goh Hock Kee Motors sebagai pengedar rasmi TATA pada 26hb September 2013, Syarikat tersebut akan membawa empat buah model terbaru iaitu Manza, Aria, Vista dan Indica.

Menurut Pengarah Worldwide Motors Sdn Bhd, Wafi Akramin Mohammad, statistik Persatuan Perdagangan Otomobil Brunei (BATA) menunjukkan bahawa kereta penumpang dalam segment kecil dan kompak 2000cc kebawah merupakan kereta yang sangat popular di Brunei sejak tahun sebelumnya.

“Saya yakin bahawa dengan harga murah dan berkualiti tinggi akan membawa pelanggan untuk membeli kereta-kereta TATA, ini lah kereta yang menjadi tumpuan orang ramai dan TATA mula berada di Negara Brunei Darussalam sebagai memasarkan kereta-kereta yang lebih baik," tambah beliau lagi.

Jenama TATA terkenal dengan dua buah model lamanya iaitu 'TATA Estate' yang diperkenalkan pada tahun 1992 dan 'TATA Sumo' pada tahun 1994. Sejak jenama tersebut tidak lagi dipasarkan, ianya menjadi satu persoalan kenapa menghilang begitu sahaja. Tetapi sekarang jenama tersebut kembali kenegara ini diambil alih oleh Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad yang menjanjikan keluaran model TATA yang lebih baik dan mengikut tren kenderaan masa kini.