Showing posts with label Kia Speed Kicker. Show all posts
Showing posts with label Kia Speed Kicker. Show all posts

Saturday, June 7, 2014

Lee Huan Yee Memenangi Cabutan Utama KIA-FIFA ke Brazil

Lebih 1,000 peserta telah menghadiri cabutan utama Piala Dunia KIA-FIFA 2014 telah diadakan sebagai promosi kemuncak syarikat Grand Motors dalam promosi KIA Piala Dunia yang berlangsung di Bilik Pameran Kia di Beribi semalam. 

Dalam cabutan itu menyaksikan Lee Huan Yee selaku pemenang bertuah berjaya memenangi berupa ti

ket untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia 2014 di Brazil. selain itu, Rohani binti Haji Badar telah memenangi tempat kedua dimana beliau mendapat Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, dan Muhd Noor Firdaus @ Ramlee Hj Jaafar telah menang tempat ketiga dan membawa balik Samsung Galaxy S4 Active. Tempat keempat telah dimenangi oleh Nor Ameizalina Binti Mohamad Zulazri dengan hadiah Kamera Samsung Galaxy dan pemenang terakhir, Siti Nurhazwani binti Mahali telah menang Samsung Galaxy Tab 3.

Hadir semasa cabutan tersebut ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Encik Frankie Ho, Pengarah Eksekutif, Hj Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad dan Pengiran Haji Abdul Qahar Bin JPA Mej Jen (B) Pengiran Haji Ibnu Basith, Baiduri Finance Berhad, Hj Muhammad Ali Bin Hj Metusin dan Pengarah Urusan BIBD AT-Tamwil Berhad, Irwan Haji Lamit.
promosi ini adalah bersempena kedatangan Piala Dunia 2014 yang akan diadakan tidak lama lagi, dan KIA adalah sSebagai penaja utama 2014 FIFA World Cup di Brazil, Grand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam telah menjalankan jerayawara bergerak bertemakan FIFA dan aktiviti uji pandu dari bulan Mac hingga Mei 2014.

Aktiviti hebat dalam jerayawara itu disediakan untuk orang ramai terutama pelanggan KIA yang boleh mengikuti aktiviti seperti permainan Kia Speed ​​Kicker dan mengambil Gambar secara Selfie bersama Fuleco. 

Peminat Kia juga boleh menyaksikan model Kia kegemaran mereka dan juga memenangi barangan eksklusif dari KIA-FIFA. Mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti uji pandu telah diberi baju-T Piala Dunia Kia-FIFA original dan peluang untuk mengikuti cabutan bertuah untuk memenangi penerbangan untuk dua orang untuk menonton Piala Dunia FIFA 2014 Separuh Akhir secara langsung di Brazil dan hadiah-hadiah hebat yang lain seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Kamera Samsung Galaxy dan Samsung Galaxy Tab 3. Pelanggan yang membuat uji pandu dan/atau membeli mana-mana model Kia dari 1 Mac hingga 31 Mei 2014 layak untuk mengikuti promosi ini.


Monday, May 12, 2014

Jerayawara Piala Dunia FIFA-Kia mendapat sambutan

Grand Motors Sdn Bhd sekali lagi membuat jerayawara sempena Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Times Square Mall dari 9hb hingga 11hb Mei 2014.

Di jerayawara tiga hari itu, orang ramai berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Kia Speed Kicker yang mana para peserta akan menendang bola kedalam palang gol dan kelajuan akan disukat. Kepada peserta yang berjaya mencapai mata tertinggi akan menerima Mousepad Piala Dunia FIFA edisi terhad. Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama mascot Piala Dunia FIFA 2014, Fuleco The Armadillo.

Sebanyak 7 buah model kereta KIA yang dipamerkan di jerayawara tersebut iaitu Sportage, Sorento, Cerato, Optima, Carens, Rio, dan Picanto.

Sambutan kali ini merupakan lebih meriah berbandingkan bulan Mac dan April. Munking kerana bulan Mei, Grand Motors Sdn Bhd telah menawarkan satu lagi promosi baru selain promosi Kia on Tour dimana dalam promosi baru, pembeli kereta Kia yang bertuah akan memenangi sebuah rumah dan ianya juga, jika sangat bertuah, boleh memenangi penerbangan ke Brazil secara percuma untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014.

Kia merupakan penaja Piala Dunia FIFA pada tahun 2010, 2014, sehingga 2022. Melalui penajaan bola sepak, Kia bertujuan untuk meletakkan dirinya sebagai jenama yang membawa keseronokan permainan yang terbesar di dunia kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Kepada pelanggan yang menyertai uji pandu pada 11hb Mei ini telah diberi Baju-T KIA-FIFA original secara percuma dan tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung di Brazil dan hadiah istimewa lainnya seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Samsung Galaxy Camera and Samsung Galaxy Tab 3. 

Pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 9hb Mei hingga 11hb Mei itu akan turut berpeluang memenangi hadiah tersebut.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Jerayawara Piala Dunia FIFA-KIA di Times Square Mall








Thursday, May 8, 2014

Jerayawara Piala Dunia FIFA 2014 Kia bermula 9hb Mei


Bersempena dengan Sambutan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta Kia di Brunei Darussalam telah menyediakan jerayawara hebat pada 9hb hingga 11hb Mei ini nanti.

Jerayawara akan berlangsung di Mall Time Square dan uji pandu diadakan pada 11hb Mei 2014 di Kawasan Letak Kereta L, Stadium Hassanal Bolkiah.


Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi keseronokan orang ramai. Aktiviti seperti permianan ‘Kia Speed Kicker' yang mana para peserta akan menendang bola kedalam palang gol dan kelajuan akan disukat. Kepada peserta yang berjaya mencapai mata tertinggi akan menerima Mousepad Piala Dunia FIFA edisi terhad.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama mascot Piala Dunia FIFA 2014, Fuleco The Armadillo.

Kia juga akan mengelolakan pelancongan dari bulan Mac hingga Mei ini nanti. Peminat Kia boleh menyaksikan kereta-kereta Kia kegemaran mereka dan juga memenangi cenderamata eksklusif FIFA-KIA. 

Kepada pelanggan yang menyertai uji pandu pada 30hb Mac ini nanti akan diberi Baju-T KIA-FIFA original secara percuma dan tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung di Brazil dan hadiah istimewa lainnya seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Samsung Galaxy Camera and Samsung Galaxy Tab 3. 

Pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 9hb Mei hingga 11hb Mei itu akan turut berpeluang memenangi hadiah tersebut.