Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, May 12, 2014

Jerayawara Piala Dunia FIFA-Kia mendapat sambutan

Grand Motors Sdn Bhd sekali lagi membuat jerayawara sempena Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Times Square Mall dari 9hb hingga 11hb Mei 2014.

Di jerayawara tiga hari itu, orang ramai berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Kia Speed Kicker yang mana para peserta akan menendang bola kedalam palang gol dan kelajuan akan disukat. Kepada peserta yang berjaya mencapai mata tertinggi akan menerima Mousepad Piala Dunia FIFA edisi terhad. Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama mascot Piala Dunia FIFA 2014, Fuleco The Armadillo.

Sebanyak 7 buah model kereta KIA yang dipamerkan di jerayawara tersebut iaitu Sportage, Sorento, Cerato, Optima, Carens, Rio, dan Picanto.

Sambutan kali ini merupakan lebih meriah berbandingkan bulan Mac dan April. Munking kerana bulan Mei, Grand Motors Sdn Bhd telah menawarkan satu lagi promosi baru selain promosi Kia on Tour dimana dalam promosi baru, pembeli kereta Kia yang bertuah akan memenangi sebuah rumah dan ianya juga, jika sangat bertuah, boleh memenangi penerbangan ke Brazil secara percuma untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014.

Kia merupakan penaja Piala Dunia FIFA pada tahun 2010, 2014, sehingga 2022. Melalui penajaan bola sepak, Kia bertujuan untuk meletakkan dirinya sebagai jenama yang membawa keseronokan permainan yang terbesar di dunia kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Kepada pelanggan yang menyertai uji pandu pada 11hb Mei ini telah diberi Baju-T KIA-FIFA original secara percuma dan tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung di Brazil dan hadiah istimewa lainnya seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Samsung Galaxy Camera and Samsung Galaxy Tab 3. 

Pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 9hb Mei hingga 11hb Mei itu akan turut berpeluang memenangi hadiah tersebut.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Jerayawara Piala Dunia FIFA-KIA di Times Square Mall